BULAN Februari sememangnya terkenal sebagai bulan cinta terutama tanggal 14 Februari yang merupakan sambutan Hari Kekasih atau Hari Valentine. Bagi mereka yang meraikannya, pelbagai cara akan dilakukan untuk mengekspresikan rasa sayang terhadap insan istimewa termasuk memberikan bunga, coklat atau hadiah lain. Maka tidak hairanlah apabila harga bagi sesetengah barangan yang sinonim dengan Hari Kekasih akan lebih mahal berbanding kebiasaannya gara-gara mendapat permintaan yang tinggi. Mengambil langkah berbeza, sebuah kedai bunga di Kuala Lumpur menyatakan pendirian untuk tidak terlibat dengan sambutan tersebut. Hantaran yang dibuat premis terbabit di Instagram miliknya. “Untuk tahun ketiga berturut-turut, kami tetap dengan keputusan untuk tidak menyertai Hari Valentine,” ujarnya menerusi hantaran di Instagram. Malah premis terbabit juga menghentikan operasi selama lapan hari bermula 10 Februari lalu seiring dengan cuti am perayaan Tahun Baru Cina. Menjelaskan mengenai penutupan kedai sempena Hari Kekasih, ujarnya, ia disebabkan harga bunga yang lebih mahal sepanjang minggu istimewa tersebut. “Harga bunga adalah tinggi dan akan menjadi lebih tinggi pada minggu Valentine disebabkan peningkatan besar dalam permintaan untuk VDay. ARTIKEL BERKAITAN: Ex-BF ‘try hard’ datang merayu, gadis setuju berbaik! Bila hati dah berbunga, selamba mengaku ‘i dah ada isteri’ ARTIKEL BERKAITAN: Teresak-esak si jejaka, kekasih hadiahkan sesuatu yang lama diidamkan... Baru 20 tahun, pasangan muda mahu segera halalkan hubungan - "Duit tak jamin bahagia" “Sejak beberapa tahun lalu kami telah menyerap sedikit perbezaan (harga) supaya tidak menyalurkan kos kepada pelanggan yang membeli daripada kami sepanjang tahun untuk semua jenis acara,” jelasnya lagi. Bagaimanapun katanya, langkah yang dilaksanakan itu bukanlah pilihan yang berdaya maju pada musim puncak. Pada masa sama, premisnya terlalu bergantung pada stok yang diimport sehingga konsep ‘Grown Not Flown’ atau jualan bunga segar matang yang diamalkan sangat terjejas. Anda ingin melakukan sesuatu yang istimewa untuk pasangan pada hari ini (14 Februari)? Ambil alihlah kerja rumah yang tidak menyenangkan. PELAYAR X “Kami berbangga dengan menawarkan sebanyak mungkin pilihan Grown Not Flown seperti yang kami boleh uruskan setiap hari, tetapi masih terdapat kekurangan dalam industri florikultur tempatan. “Oleh itu, kami memutuskan untuk tidak melibatkan diri daripada sambutan bermula 10 hingga 18 Februari. “Seperti yang kita lantang katakan setiap tahun, tidak ada peraturan, jadi raikan cinta dengan cara yang kecil setiap hari dan kerap,” tambahnya. Warga maya turut memuji tindakan kedai bunga tersebut. Pendekatan berbeza yang diamalkannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya memuji dan menyifatkan pemiliknya 'tidak mengambil kesempatan'. Malah ia turut dikongsikan seorang pelayar X yang menyokong tindakan tersebut. “Menyanjung keputusan kedai bunga ini untuk tidak mengambil bahagian dalam pengkomersilan berlebihan Hari Valentine. “Anda ingin melakukan sesuatu yang istimewa untuk pasangan pada hari ini (14 Februari)? Ambil alihlah kerja rumah yang tidak menyenangkan,” ciapnya ringkas. Terdahulu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan hukum menyambut Hari Kekasih adalah haram dalam Islam berdasarkan data-data yang jelas menunjukkan bahawa ia membawa kepada budaya maksiat dan perzinaan di samping menyerupai budaya yang buruk yang luar daripada ajaran Islam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube