PERKAHWINAN merupakan satu komitmen serius antara pasangan lelaki dan perempuan untuk hidup bersama sepanjang hayat. Maka tidak hairanlah ada pasangan yang sedang bercinta telah membuat perancangan awal untuk memasuki alam rumah tangga. Namun, seorang wanita berusia 25 tahun meluahkan rasa ragu-ragu untuk meneruskan perkahwinan dengan kekasih yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu. Katanya, dia terkilan dengan aturan yang dibuat oleh lelaki yang merupakan tunangnya itu walaupun sudah bertoleransi mengenai wang hantaran yang perlu ditanggung bersama. "Tahun depan merupakan perkahwinan kami. Nak dijadikan cerita, saya setuju dengan hantaran RM10,000 saja walaupun saya mempunyai ijazah dan tengah buat master dan mempunyai kerja yang baik. Kebanyakan wanita bimbang memikirkan cabaran alam rumah tangga. -Gambar hiasan "Itu pun dia minta 60 peratus dia, 40 peratus lagi saya tanggung dan saya okay saja. Saya tak kisah sangat bab hantaran ni sebab sudah penat bercinta lama. Saya sayang dia sangat. "Masalah sekarang ni dia pesan dekat saya, nak bayar komitmen seperti rumah sewa dan utiliti 50-50. Saya okay lagi," ujarnya. Bagaimanapun, dia mula berasa terkilan apabila bakal suaminya itu awal-awal lagi memaklumkan tidak mahu memberikan duit nafkah yang sepatutnya diterima oleh seorang isteri. Alasannya, dia akan 'menggantikan' nafkah tersebut dengan membeli barang dapur dan keperluan lain di rumah. "Dia cuma belikan barang dapur atau keperluan rumah sebagai nafkah zahir. Dia tak nak bagi duit wang tunai atau elaun, juga belikan baju apa-apa selain barang dapur sebagai nafkah sebab tak mampu. ARTIKEL BERKAITAN: Buat semua kerja rumah, tak culas beri nafkah... Isteri tetap anggap suami tak perfect sebab tak pandai masak ARTIKEL BERKAITAN: Tak beri nafkah, suami ‘guna’ isteri kerja kerajaan buat loan beli superbike... tukang proses permohonan terkejut tengok gambar mesra dengan awek lain! "Saya tak tahu macam mana nak tunjuk reaksi masa dia cakap pasal ni depan muka, sebab masa tu baru saya tahu dia bagi ibu bapa (sudah pencen) RM800 sebulan untuk beli barang dapur. "Sedangkan gaji dia tak sampai RM2,500 pun. Komitmen dia masa bujang pun dah RM1,000 jadi apa je tinggal untuk hidup bersama saya? Dia ada kakak dan abang tapi tak tahu sama ada mereka beri duit atau tak (untuk ibu bapa)," katanya. Jelasnya, sebagai bakal isteri dia memahami kebaikan dan tanggungjawab tunangnya sebagai anak lelaki. Tetapi keterujaannya untuk berkahwin terus terbantut apabila timbul isu ketika mereka membuat perancangan memiliki cahaya mata. Kursus kahwin mereka juga telah dijadualkan tidak lama lagi, tetapi wanita ini berasa berat hati untuk menghadiri program tersebut. Bercinta lama bukanlah tiket untuk anda mesti teruskan ke alam perkahwinan. NETIZEN "Saya faham kalau dia nak bagi duit belanja dekat mak ayah dia, tapi dia rasa saya akan jadi orang kedua dalam hidup. Saya dapat rasakan dia dahulukan mereka berbanding saya walaupun dah jadi isteri. "Saya baru rasa lelaki ini 'red flag' (petanda buruk). Saya geram tapi masih sayang. Saya cakap tak nak anak awal sebab kami sama-sama tak mampu. Tapi dia asyik canang anak itu rezeki. "Jadi kalau dapat awal apa salahnya? Patut ke kami kahwin? Betul ke nafkah isteri sekadar belikan barang dapur sebab wajib jadi sudah lepas tanggungjawab berikan nafkah zahir dia?" soalnya, keliru. Hantaran berkenaan meraih pelbagai reaksi netizen yang turut memberikan pendapat mereka di ruangan komen. Komen netizen pada hantaran asal. Rata-ratanya memberi cadangan supaya wanita ini tidak meneruskan rancangan perkahwinan. "Bercinta lama bukanlah tiket untuk anda mesti teruskan ke alam perkahwinan. Sudah nampak ciri-ciri bakal bergaduh besar. Rasanya putus sajalah kot. "Awak rasa sayang ke nak putuskan hubungan sebab sudah bercinta 10 tahun. Awak rasa 10 tahun tu lama? Cuba bayangkan nak kena hadap benda sama tapi untuk selamanya? "Putus tunang lagi senang daripada bercerai. Lagi-lagi kalau awak adalah muslim. Pergilah baca 'kisah seram' orang turun naik mahkamah nak bercerai. Isteri nak fasakh tapi dapat suami tak nak ceraikan," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube