suria

Rama-rama masuk rumah, esoknya gadis dirisik... Kejadian sama berulang sehari sebelum majlis tunang

Kejadian rama-rama masuk rumah Feha berlaku dua kali.

SESETENGAH orang percaya kehadiran haiwan di dalam rumah membawa petanda tertentu.

Terbaharu, tular di media sosial video memaparkan seekor rama-rama terbang masuk ke dalam sebuah kediaman.

"Betul orang tua-tua cakap. Kalau rama-rama masuk rumah, petanda orang nak datang rumah. Keesokan harinya keluarga si dia datang merisik. Selang lima hari (kami) bertunang," tulis pemilik video itu di TikTok.

rama33

Feha bertunang selepas lima hari dirisik.

Ketika dihubungi mStar, gadis yang dikenali sebagai Feha itu berkata kejadian rama-rama masuk ke dalam rumah bukan sahaja berlaku sebelum majlis merisik, malah ia turut berulang sebelum majis pertunangannya.

"Rama-rama itu masuk (rumah) sehari sebelum merisik, duduk je dalam rumah sampailah hari merisik. Orang datang merisik balik, elok je rama-rama tu duduk setempat.

"Lepas tu sehari sebelum bertunang tu pun ada rama-rama datang lagi. Majlis merisik saya berlangsung pada 20 Januari. Majlis bertunang pula pada 25 Januari. Majlis bulan lepas. Cuma video tu saya baru sempat post di TikTok," ujar gadis berusia 23 tahun itu.

Saya kenal tunang sejak kecil. Dah besar pun masih berkawan sebab dia kawan baik abang saya.

FEHA

Ketika majlis pertunangan tempoh hari, Feha berkata tunangnya tidak dapat hadir kerana sedang bekerja.

Dalam pada itu, Feha berkata kejadian rama-rama masuk ke dalam rumah turut disedari oleh ahli keluarganya yang lain, malah kehadiran haiwan itu turut membuatkan hatinya gembira.

"Kakak-kakak cakap, ada rama-rama la dalam rumah ni. Macam tahu-tahu je esok ada orang nak datang merisik. Saya apa lagi kan? Orang nak datang merisik, memang gembiralah.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terima abang arwah tunang jadi suami, terkejut tengok wajah seiras... Tiga minggu ambil masa minta petunjuk Allah

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda 19 tahun tunjuk ‘effort’ luar biasa, sanggup naik bas 4 jam nak pujuk cik tunang... Hilang merajuk nampak beg Lego!

"Setiap kali lalu ruang dapur tu mesti tengok rama-rama tu. Rasa macam tak percaya je waktu tu yang esoknya ada orang nak datang merisik," ceritanya lagi.

Bercerita lanjut, Feha berkata dia dan tunangnya yang dikenali sebagai Epy, 26, saling mengenali sejak zaman kanak-kanak, namun mula bercinta sejak setahun lalu.

"Saya kenal tunang sejak kecil. Dah besar pun masih berkawan sebab dia kawan baik abang saya. Kami boleh bercinta pun sebab dia cakap 'jom kahwin' dan saya pun terima.

"Kami start bercinta hujung Disember tahun lepas. InsyaAllah majlis ijab kabul akan berlangsung hujung tahun ini," ujarnya yang menetap di Felda Kampung Awah, Temerloh, Pahang.

rama22

Majlis bertunang di kediaman Feha.

Video rama-rama itu meraih hampir setengah juta tontonan di TikTok dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

"Banyak kali rama-rama masuk rumah tapi tak ada pun orang meminang.

"Ada ke orang jual rama-rama? Saya nak letak dalam rumah kot-kot ada orang nak datang merisik.

"Saya lain, rama-rama datang rumah hanya memberi harapan," tulis netizen berseloroh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain