suria

Isteri mengaku gedik, sering berlakon takut serangga mahukan perhatian suami - “Dosa ke? Saya nak rasa dilindungi”

Lipas merupakan antara serangga yang ditakuti ramai wanita. -Gambar hiasan

BERKASIH sayang antara suami isteri merupakan satu perkara yang dituntut dalam Islam.

Namun, seorang wanita dikecam netizen gara-gara mendedahkan sifat manjanya dengan suami yang dianggap keterlaluan.

Menerusi perkongsian di X, wanita itu berkata dia sering berpura-pura manja demi meraih perhatian suaminya.

Fashion Forest review at Awana Genting.6852.

Ramai wanita geli dan takut untuk memegang katak. -Gambar hiasan

"Saya tanya, berdosa ke kalau tipu suami? Saya tipu dia konon saya takut serangga dan binatang tertentu.

"Saya baru saja kahwin. Tapi tak tahu kenapa saya dah tipu dia. Saya macam jadi gedik dengan suami bila ada serangga, konon geli," ujarnya.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, dia sebenarnya bukanlah seorang yang penakut, malah langsung tiada masalah untuk memegang apa jua serangga.

Saya baru saja kahwin. Tapi tak tahu kenapa saya dah tipu dia.

ISTERI

Namun katanya, dia seronok dapat melihat kesungguhan suaminya yang bersifat protektif setiap kali dirinya berpura-pura takut.

"Saya boleh nampak macam suami saya hero sebab nak selamatkan saya daripada serangga. Sebenarnya saya tak takut dengan segala jenis binatang.

"Namakan saja. Lipas, pacat, labah-labah, cicak... Semua saya boleh pegang dan tangkap guna tangan. Tapi itulah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gomol ‘bear’ depan pakwe sampai kotor terkena mekap... gadis ini sedih dicop gedik, “Memang suara saya kecil, manja macam tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja terlupa buat bubble tea, gadis merajuk dicop gedik sampai ada yang nak lempang - “Saya jenis manja... macam tulah respons saya”

"Saya dah terlanjur menipu kononnya saya takut serangga. Dosa ke? Nak kena jujur ke? Tapi saya nak rasa dilindungi," ceritanya lagi.

Tangkap layar luahan wanita itu dimuat naik ke laman X sehingga meraih perhatian netizen.

Hasrat wanita itu yang mahu bertanya pendapat akhirnya 'makan diri' apabila dia dikecam oleh segelintir netizen.

"Jangan biasakan diri menipu. Mula-mula benda kecil, nanti dah seronok makin besar penipuan tu.

"Jangan mula sekecil-kecil dosa dalam perkahwinan.

isteri2

Suami merupakan pelindung dan juga tempat isteri menumpang kasih. -Gambar hiasan

"Kenapa jodoh sampai dulu dan bukan ajal?

"Elok libas dengan paip oren.

"Gedik. Sekian," tulis beberapa netizen.

Namun, ramai juga yang menyokong wanita itu kerana ia bukanlah satu isu yang besar.

"Ia tak jadi isu, saya rasa comel. Awak menggedik je dengan suami awak, tiada apa yang salah.

"Tak salah sis asalkan suami awak. Yang salah kalau awak menggedik cakap takut itu ini dekat suami orang," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain