suria

Budak kampung kena kejutan budaya! Terkejut pergaulan bebas di kampus, pelajar bertudung selamba pegang tangan lelaki

Pergaulan bebas segelintir pelajar menjadi kebimbangan golongan ibu bapa. -Gambar hiasan

APABILA melangkah ke alam universiti, para pelajar biasanya akan menetap jauh daripada keluarga masing-masing.

Dalam fasa ini, banyak perubahan mula berlaku memandangkan mereka perlu berdikari tanpa pengawasan ibu bapa.

Di TikTok, seorang pemuda tular selepas dia berkongsi tentang kejutan budaya yang dialaminya selepas bergelar siswa di sebuah universiti tempatan.

WhatsApp Image 2024-02-14 at 12.15.03 PM

Pelajar universiti yang tinggal jauh daripada keluarga perlu belajar untuk hidup berdikari. -Gambar hiasan

Menurut pemuda itu, situasi di universiti jauh berbeza dengan alam persekolahan yang mana golongan pelajar lebih bebas untuk membuat keputusan sendiri.

"Pensyarah tak marah kalau tak pergi kuliah. Berbeza masa sekolah menengah. Masa tingkatan enam dulu, kalau tak pergi sekolah memang cikgu akan hubungi.

"Ada yang sampai datang rumah nak jemput. Mungkin dekat universiti ni pelajar ramai sangat. Pensyarah pun tiada masa nak ambil tahu. Kena pandai berdikari. Tiada siapa nak ajar kau satu-satu.

Lelaki, perempuan beragama Islam siap bertudung lagi selamba je pegang-pegang tangan berkepit.

SISWA KAMPUNG

"Lagi-lagi masa nak daftar subjek, nak bangun awal ke, lambat ke, pandai-pandai kau. Kau study ke malas study ke, tiada siapa marah," ujar pemuda itu.

Antara lain katanya, dia turut terkejut melihat pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan di kampus.

"Lelaki, perempuan beragama Islam siap bertudung lagi selamba je pegang-pegang tangan berkepit. Naik motosikal sekali. Jalan berdua tengah malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Malu mak kirim agar-agar santan, murid sorok sebelah tong air! Mujur cikgu perasan, terus buka makan ramai-ramai

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pelajar ‘sekolah pandai’ nekad tak buka IG, penat tengok kehidupan kawan-kawan - “Biar saya dengan rentak sendiri”

"Mungkin mereka dah kahwin kot. Tapi kalau tak kahwin, memang berdosa kan," ujarnya lagi.

Tambah siswa itu, situasi pergaulan bebas juga dapat dilihat setiap kali adanya penganjuran acara hiburan seperti konsert dalam kawasan kampus.

"Konsert campur lelaki perempuan. Kita ni orang kampung, orang Terengganu. Jadi memang susah nak pergi konsert-konsert ni.

"Ini antara culture shock yang saya lalui selepas setahun menjadi pelajar," ujar pemuda itu lagi.

WhatsApp Image 2024-01-24 at 4.06.04 PM

Pelajar yang berasal dari luar bandar biasanya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan budaya baharu. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, ramai netizen turut bersetuju dengan fakta yang diutarakan pemuda itu.

"Saya pun orang kampung, orang Kelantan. Memang tak pandai nak pergi konsert terkinja-kinja. Masuk kafe mahal-mahal. Lebih suka sederhana asalkan perut kenyang dan bahagia.

"Kita pun terkejut tengok lelaki dan perempuan bebas gila. Kita pun tak suka konsert. Kita orang kampung tak suka benda begini.

"Betul. Aku paling terkejut tengok budaya couple, seks bebas kat universiti. Sebab majoriti yang buat dan kantoi mesti pasangan muslim.

"Pasal kejutan budaya ni, kau kena pandai jaga diri sendiri je," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain