suria

Wanita boikot kenduri kahwin secara rewang, penat buat kerja tak boleh OOTD! - “Aku nak melawa, selfie dengan saudara”

Kiri rewang amalan tradisi masyarakat, kanan segelintir wanita gemar berselfie. -Gambar hiasan The Star

KETIKA ramai memilih untuk menggunakan khidmat untuk majlis perkahwinan, namun amalan rewang masih diamalkan di sesetengah tempat.

Rewang atau aktiviti gotong-royong untuk melakukan persiapan bagi mengadakan sesebuah majlis ternyata mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

Kemeriahan majlis seperti perkahwinan turut dirasai apabila ahli keluarga dan saudara-mara berkumpul terutama mereka yang jarang bertemu dan bertegur sapa.

Majlis bagi meraikan pasangan raja sehari. -Gambar hiasan

Namun bagi seorang wanita ini, dia tidak selesa dengan kenduri kahwin yang mengamalkan aktiviti rewang kerana enggan melakukan kerja-kerja berat.

Malah, dia berpandangan majlis yang meraikan pasangan raja sehari itu sepatutnya turut dirasai oleh para tetamu yang tampil cantik dan bergaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis kahwin kucar-kacir katerer tak muncul, lesap RM13k! Sekeluarga nekad cari kerusi meja, masak sendiri cuma 1 lauk

ARTIKEL BERKAITAN: Jemputan 700 orang, katerer hantar 50 pax je! Pengantin tak akan lupa ‘tragedi kenduri tanpa makanan’, minuman pun tak ada

"Kenduri kahwin ni orang nak datang melawa nak sembang, santai-santai. Ini orang kampung buat rewang pula. Tak kuasa aku nak pergi.

"Aku pergi kenduri yang tak memenatkan aku dan aku nak melawa. Nak OOTD (outfit of the day) dan selfie dengan saudara-mara," katanya menerusi satu hantaran di grup Facebook.

Aktiviti rewang mengeratkan hubungan silaturahim. -Gambar hiasan The Star

Dalam penampilan sebegitu, dia enggan menjejaskan mood sebagai tetamu dan menyarankan pihak tuan rumah mengambil khidmat katering.

Ujarnya khidmat katering bukan sahaja menjadikan aturcara majlis perkahwinan lebih teratur, malah menyenangkan semua pihak.

Buat rewang sebab nak erat silaturrahim sesama orang kampung.

NETIZEN

"Tak nak buat kerja berat-berat... spoil. Ambil katering, tak payah penat-penat," katanya menolak kenduri kahwin yang mempunyai aktiviti rewang.

Luahan wanita itu ternyata meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, ada yang masih mahu tradisi rewang diteruskan kerana suasana bergotong-royong begitu mahal disebabkan jarang dilihat pada zaman sekarang.

Banyak juadah disediakan di majlis kahwin. -Gambar hiasan The Star

Pada masa sama, ada yang berpihak pada wanita itu kerana menganggap tetamu juga perlu dihargai selain kerja-kerja rewang sememangnya memenatkan.

"Setuju, tapi kalau saya bukan motif nak melawa tapi kerja-kerja tu semua memenatkan. Lebih baik buat katering je, senang.

"Katering atau rewang, dia berbalik kepada niat, tujuan dan sebab. Pilih rewang sebab nak jimat duit. Bukan semua orang mampu ambil katering. Buat rewang sebab nak erat silaturrahim sesama orang kampung.

"Kami adik-beradik pun majlis kahwin buat katering. Mak abah kami sejenis nak meraikan, bukan bagi penat saudara-mara.

"Pergi je masa hari majlis kenduri. Kalau tak mahu rewang, suka hatilah. Bukan orang paksa pun. Setiap orang masing-masing ada cara nak meraikan majlis kenduri," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain