suria

Wanita ‘terlajak’ sayang suami orang yang isterinya sedang hamil! Susah nak tinggal, asyik ‘cair’ selepas dipujuk

Seorang wanita mengaku bercinta dengan suami orang yang isterinya sarat hamil. -Gambar hiasan

BERCINTA dengan seseorang yang sudah berumah tangga bukan lagi satu perkara pelik pada masa kini.

Terbaharu, seorang wanita mendedahkan mengenai hubungan sulitnya dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang.

Namun, wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu membuat keputusan untuk menghentikan perbuatan kejinya selepas enam bulan menjalinkan hubungan terlarang tersebut.

"Saya ada ber‘kawan’ dengan suami orang.. Hampir enam bulan kami menjalinkan hubungan terlarang.

Timbul rasa serba salah dalam diri wanita ini bercinta dengan suami orang. -Gambar hiasan

"Dalam beberapa hari ni saya ada cakap nak tinggalkan dia, tak nak teruskan lagi dah," jelasnya.

Bagaimanapun, dia mula meragui keputusan tersebut apabila lelaki itu merayu supaya tidak ditinggalkan.

Dalam masa sama, wanita ini mengakui mereka sudah terlanjur mencintai antara satu sama lain walaupun bercinta dalam diam.

"Dia merayu minta I tetap bersama dia. Kami tak pernah terlanjur (seks) atau seangkatan dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘angau’, kejar janda tunangan orang! Tidur lewat sebab bermesej, dah tak nampak kebaikan isteri sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku sondol sampai naik pelamin” - Geng isteri kedua nafi jadi perosak perkahwinan, katanya suami orang yang mula dulu!

"Kami berdua tahu kami pilih jalan salah tapi dah terlajak sayang dan ambil berat tentang satu sama lain. Nak buat macam mana?

"Sejauh mana nak simpan hubungan secara rahsia ni?" ujarnya.

Menurut wanita ini lagi, rasa bersalah semakin membelenggu dirinya apabila mengenangkan lelaki itu sudah mempunyai anak.

Malah, apa yang lebih membuatkan dia rasa bersalah apabila isteri kepada lelaki itu sedang hamil anak kedua.

Awak pentingkan diri dan tak ada hati perut sampai tak kisah aniaya orang lain (isteri) selagi tak dapat apa awak nak.

NETIZEN

"Saya nampak je hala tuju (hubungan) tapi tak sampai hati nak buat perempuan lain macam tu.

"Saya tersangatlah memerlukan tip cara nak move on, tolong la. Saya perlukan pertolongan," ujarnya dalam hantaran di X.

Posting tersebut mengundang kemarahan netizen apabila ramai yang tidak bersetuju dengan tindakannya.

Rata-ratanya meminta wanita ini mengambil langkah untuk menjauhkan diri dengan menyekat (block) lelaki tersebut daripada terus berhubung.

Komen netizen pada hantaran asal.

"Ia sangat mudah dengan cara block dan move on. Masalah awak ni ada moral compass (empati) yang rosak.

"Awak pentingkan diri dan tak ada hati perut sampai tak kisah aniaya orang lain (isteri) selagi tak dapat apa awak nak.

"Orang nasihat pun sia-sia je kalau awak rasa apa awak buat tu tak salah," komen salah seorang netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain