suria

Suami berkeras nak jaga ibu uzur, isteri sarat hamil mula rasa terbeban... Tak mampu jaga 5 anak, urus mentua buat dialisis

Wanita hamil sewajarnya tidak dibebankan dengan tugasan yang berat demi menjaga kesihatan mental dan fizikalnya. -Gambar hiasan

TIDAK semua wanita mempunyai kecekalan untuk hidup sebumbung bersama keluarga mentua.

Namun atas beberapa faktor sesetengah pasangan itu terpaksa tinggal sebumbung dengan keluarga atau keluarga mentua selepas berumah tangga.

Antaranya disebabkan oleh faktor ekonomi yang masih belum stabil, perlu menjaga ibu bapa yang uzur dan sebagainya.

Dalam satu perkongsian di Facebook, seorang wanita mengakui berada dalam dilema selepas si suami mengajaknya beserta anak-anak untuk tinggal bersama keluarga mentua ekoran perlu menjaga ibunya yang tidak sihat.

"Saya dijangka bersalin awal Mac. Kami akan keluar daripada rumah sewa ni pada awal April kerana dah dapat kunci rumah baru. Tapi dalam masa sama, suami ajak saya duduk di rumah mentua kerana mentua tak sihat.

mentua 1

Sikap mementingkan diri dan enggan bertolak ansur menjadi salah satu punca pertengkaran antara pasangan. -Gambar hiasan

"Sekarang saya menunggu hari untuk bersalin anak kelima. Suami pula bekerja syif. Saya rasa saya tak mampu nak duduk sekali dengan mentua.

"Sebab saya rasa saya tak mampu nak handle anak-anak di rumah mentua. Dengan mentua yang tak sihat, dah tentu perlu penjagaan rapi sebab mentua selang dua hari sekali perlu buat dialisis," luah wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami sanggup bayar loan kereta ibunya hampir 1K, keluarga sendiri guna kenderaan kecil... ‘susah’ nak tambah anak

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin 14 tahun tak pernah ada privasi sebab mak mentua ‘kaki mengekor’, suami pula ambil ganja... Isteri hilang sabar!

Menurutnya, dengan keadaannya yang sedang sarat hamil, malah suami pula bekerja syif, dia bimbang situasi tersebut akan menimbulkan kesan yang buruk memandangkan dia perlu memikul tanggungjawab berganda.

"Saya bukan mengeluh kena jaga mentua. Tapi saya rasa tak mampu nak jaga anak-anak dan mentua yang tak sihat. Waktu kerja suami pula 8 pagi hingga 8.30 malam atau 8 malam hingga 8.30 pagi.

"Saya cakap, kalau dah dia kerja, saya juga yang kena jaga (mentua). Hal anak-anak pergi dan balik sekolah, semua saya yang uruskan.

"Saya rasa saya tak mampu nak urus semua ni," luahnya lagi.

Menantu tak wajib jaga, yang wajib jaga adalah anak-anak dia. Kalau puan tak nak, suami tak boleh paksa.

NETIZEN

Biarpun sudah mengutarakan perkara tersebut kepada si suami, namun wanita itu menambah, jawapan yang diterimanya sangat mengecewakan.

"Untuk pengetahuan, suami anak kelima daripada 10 adik-beradik. Suami cakap, kalau saya nak duduk dekat rumah baru, duduklah. Dia tetap nak duduk rumah mak dia, nak jaga mak dia," kongsinya lagi.

Luahan yang dikongsikan di laman grup Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) mengundang simpati ramai terhadap nasib wanita tersebut.

komen mentua

Netizen menasihatkan wanita berkenaan agar lebih memikirkan kesihatan diri dan kandungannya.

Namun rata-ratanya mencadangkan supaya wanita berkenaan lebih memikirkan kesihatan serta keadaan diri sendiri terlebih dahulu memandangkan dia sarat mengandung.

"Awak tengah sarat, tak lama lagi nak bersalin. Emosi kena stabil lagi-lagi dalam pantang. Sepatutnya suami awak kena faham. Apa guna adik-beradik dia yang ramai tu.

"Ambil keputusan betul, duduklah rumah sendiri dengan anak-anak je. Sesekali jenguklah mak suami apabila berkelapangan.

"Menantu tak wajib jaga, yang wajib jaga adalah anak-anak dia. Kalau puan tak nak, suami tak boleh paksa," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain