suria

Orang dulu kahwin tahan lama, sekarang ada masalah pun cerita satu dunia... Ramai salahkan teknologi, isteri berkerjaya

Teknologi semasa sering dijadikan punca keruntuhan rumah tangga. -Gambar hiasan

LUAHAN hati segelintir isteri mengenai perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian membuatkan golongan bujang berasa takut untuk mendirikan rumah tangga.

Lebih-lebih lagi ramai menganggap perubahan zaman mempengaruhi ‘ketidaksefahaman’ antara suami isteri.

Malah, ada yang menjadikan faktor teknologi sebagai punca utama masalah dalam rumah tangga berikutan lambakan aplikasi dating yang membolehkan sesiapa sahaja mencari teman.

Pergaduhan antara suami isteri merupakan asam garam dalam rumah tangga. -Gambar hiasan The Star

Pergaduhan antara suami isteri merupakan asam garam dalam rumah tangga. -Gambar hiasan The Star

Mencari punca dan jalan penyelesaian, seorang lelaki bertanyakan tentang rahsia hubungan suami isteri masyarakat dahulu jika dibandingkan zaman sekarang.

“Kenapa orang dulu-dulu kahwin elok je bertahan lama, bahagia. Apa rahsia dia?” soalnya menerusi hantaran di Facebook.

Ini kerana katanya, penceraian yang berlaku pada masa ini seolah-olah perkara biasa dengan kebanyakan suami isteri tanpa berselindung berkongsi kisah mereka secara terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri serabut suaminya hampir sempurna, rasa diri tak cukup bagus! Datang angin baran terus minta cerai - “Apa dia buat, semua tak kena”

ARTIKEL BERKAITAN: Derita hingga nafas terakhir! Abang loreng angau dengan wanita lain, isteri pendam sampai jatuh sakit

Pertanyaannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Kebanyakannya menyalahkan media sosial dan teknologi yang menjadi sebahagian kehidupan masyarakat hari ini.

“Orang dulu tak ada gajet... kerja kampung mak dan ayah sentiasa bersama pergi menoreh, tengah hari balik makan bersama-sama dan malam tidur awal sebab esoknya kena bangun awal. Tak ada masa untuk aktiviti luar.

Sebab mereka saling melengkapi, memahami... ada apa-apa bincang, bukan salah menyalah

WARGA MAYA

“Rahsia dia tak ada media sosial, WhatsApp, telefon... cuma pakai surat saja.

“Sebab telefon dan gajet. Kemudian salah faham, sekarang cerai macam dah tak pelik sebab tu ramai pilih membujang.

“Tak main telefon, hari-hari fokus pada keluarga... tanam pokok atau buat kerja,” ujar beberapa netizen.

Antara komen warga maya.

Antara komen warga maya.

Tidak kurang juga yang berpandangan bahawa ia berlaku disebabkan wanita masa kini lebih berdikari dan berkerjaya sehingga tidak mampu menjaga urusan rumah tangga dengan baik.

“Sebab orang dulu pandai masak, kemas rumah dan buat kerja macam-macam, tak seperti sekarang yang hanya fokus kerjaya semata-mata.

“Orang dulu faham tanggungjawab masing-masing dan tahu bersyukur walaupun hidup serba susah berbanding orang zaman sekarang yang lebih berorientasikan diri sendiri dan mengutamakan kehendak semata-mata.

“Orang dulu-dulu tak cakap banyak... satu kepala saja dalam rumah sampai ke tua. Sekarang semua nak jadi kepala sampaikan anak-anak pun naik kepala sekali.

“Sebab mereka saling melengkapi, memahami... ada apa-apa bincang, bukan salah menyalahkan antara satu sama lain,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain