SETIAP individu yang bergelar anak pasti menyimpan impian untuk membalas jasa orang tua apabila sudah mula bekerja dan mempunyai pendapatan yang selesa. Tidak kurang juga ada yang langsung tidak berkira untuk membantu adik-beradik sehingga mengenepikan kepentingan sendiri. Namun begitu, tidak dinafikan ada segelintir ibu bapa atau keluarga yang bukan sahaja tidak menghargai bantuan yang diberikan, malah mengungkit usaha yang dilakukan sehingga membuatkan si anak berkecil hati. Itulah situasi yang dilalui oleh seorang lelaki ini, sebagaimana perkongsiannya dalam grup Facebook Majlis Bankrupt Malaysia. Dek kerana terlalu mengikut kehendak keluarga, dia mendedahkan berkemungkinan diisytiharkan muflis kerana tidak lagi mampu menanggung bebanan kewangan. Segelintir pasangan berdepan dengan isu kewangan lebih-lebih lagi apabila kebanyakan perbelanjaan diperuntukkan untuk cahaya mata. -Gambar hiasan "Masalah ni bermula sebab nak sangat mengikut kehendak keluarga. Fikir syurga bawah tapak kaki ibu. Buat loan bantu family yang susah, buat bisnes, buat rumah bagi mereka. "Akhirnya tak dihargai pun dan tak mendatangkan sikit pun pulangan. "Ibu pula lebihkan adik-beradik yang tidak bekerja, selalu minta modal untuk bisnes yang boleh dikatakan semuanya gagal. Apabila tak bagi, diungkitnya tidak sedar diri, tidak halalkan susu yang diberi. "Allah... kalau nak cerita detail, sedih. Saya dan isteri dalam situasi yang sama banyak bantu family. Family ingat kita berduit jadi mereka anggap kami banker untuk mereka," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buat ‘loan’ RM50,000 nak balas jasa, rupanya ibu terjerat MLM... Kemaruk nak cepat kaya sebelum pencen! ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung rasa tak dihargai! Banyak korban masa, cari duit untuk senangkan famili akhirnya dicop andartu oleh adik-adik Tambah lelaki tersebut, dia dan isterinya bekerja sebagai penjawat awam dengan gred DG48 namun mereka dalam waktu yang sama turut mempunyai dua anak kecil yang tentunya menuntut perbelanjaan yang bukan sedikit. "Orang lain yang kerja sama dengan kami boleh hidup selesa, berjalan sana sini. Kami (pula) catu segala benda sebab bantu family. "Sekarang komitmen kami mencecah 70 peratus bayar komitmen orang lain sahaja, bukannya keluarga kecil kami. "Kadang baki tidak cukup untuk selesaikan komitmen keluarga kecil kami," luahnya lagi. Belajar untuk katakan tidak, tiada, tak boleh, tak mampu, tak mahu. Jika ada adik-beradik yang tak nak kerja, jangan tanggung beban sama. NETIZEN Bukan tidak pernah berterus terang ataupun meminta dibayar kembali bantuan yang dihulurkan, namun semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi. "Apabila minta bayar dikatanya derhaka. Saya minta pada adik-beradik tetapi ibu back-up mereka. Kami sekarang hanya duduk rumah teres dan kereta Proton Saga sahaja. "Dan telah setahun tak balik kerana terasa dengan mereka. Apabila balik kampung, isu yang dibualkan mesti berkaitan duit sehingga kami menjadi stres," kongsinya lagi. Luahan individu berkenaan mengundang simpati warga maya. Luahan hati lelaki tersebut mengundang simpati warga maya yang mana rata-ratanya menasihatkan agar dia dan isterinya berhenti mengikut telunjuk keluarga demi keluarga sendiri. "Kesiannya. Tuan kena belajar menegur dalam bahasa yang lembut. Mintalah pada Allah agar tuan dan mereka diberi petunjuk. "Hidup dekat dunia ni kalau nak buat baik, biarlah berpada-pada. "Belajar untuk katakan tidak, tiada, tak boleh, tak mampu, tak mahu. Jika ada adik-beradik yang tak nak kerja, jangan tanggung beban sama," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube