suria

Tak senang duduk tengok cikgu melaram, wanita sindir golongan pendidik - “Perasan macam nak pergi catwalk”

Guru wanita sangat mementingkan penampilan ketika mengajar di sekolah. -Gambar hiasan

BERGAYA ke tempat kerja bukanlah satu kesalahan selagi ia tidak melampaui batas dan melanggar peraturan sesebuah organisasi.

Seperti kebanyakan wanita, golongan pendidik juga gemar 'melaram' ke sekolah sehingga penampilan mereka menjadi tumpuan murid-murid serta ibu bapa.

Terbaharu, seorang wanita tular selepas dia mengkritik pemakaian segelintir guru wanita yang dianggap tidak bersesuaian dengan profesion mereka.

Pupils going to school after long holidays and for the first day of 2024 school session at Rawang. — FAIHAN GHANI/The Star

Setiap guru perlu berpakaian kemas ketika hadir bekerja. -Gambar hiasan

"Maaflah cakap. Trend cikgu-cikgu sekarang, tak semua tapi ramai... jenis pergi sekolah melaram macam nak pergi pertunjukan fesyen.

"Padahal pergi sekolah je pun. Pejabat sendiri pun tak ada. Berlonggok je hangpa duduk dalam bilik guru tak ada pendingin hawa.

"Tapi perasan macam nak pergi catwalk," tulis wanita itu menerusi sekeping tangkap layar tular.

Kenapa nak bitter cikgu pakai lawa-lawa?

NETIZEN

Dalam hantaran sama, wanita itu membandingkan penampilan golongan pensyarah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menurutnya lebih baik berbanding guru-guru di sekolah.

"Cuba tengok pensyarah dekat IPTA, relax je. Kadang tu tudung pun senget benget. Pakai baju pun ala kadar je.

"Kemas dan profesional berbanding cikgu-cikgu yang takat ada degree je kebanyakan. Yang profesor kebanyakannya low profile," ujar wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu macam gangster hayun tangan ke muka murid... Tak cukup penampar, ringan kaki tendang pelajar!

ARTIKEL BERKAITAN: Diam-diam pindah sekolah, tinggalkan murid tanpa pesan... Cikgu terkejut dapat mesej ‘cinta’ daripada pelajar yang tak disangka-sangka

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen dilihat tidak senada dengan wanita itu, malah mereka turut memuji guru-guru yang gemar menjaga penampilan diri.

"Sebagai bekas murid, sebenarnya penampilan guru ni main psikologi pelajar untuk tambah atau kurangkan semangat belajar.

"Untuk kekemasan diri, sangat penting. Cantik atau tidak, itu nombor dua. Sebagai guru, kena pakai pakaian yang kemas.

"Aku lagi suka belajar dengan guru yang cantik, presentable dan sopan.

"Ikut sukalah cikgu nak pakai apa. Yang patut kita lihat adalah kualiti mengajar dan ilmu yang diajar," tulis netizen.

A women choosing 'baju kurung' at Bazaar Ramadhan in Jalan Masjid India on June 9,2017.AZHAR MAHFOF/The Star.

Guru wanita juga boleh berfesyen selagi tidak melampaui batas. -Gambar hiasan

Segelintir netizen turut menegur wanita itu yang dianggap terlalu negatif terhadap golongan guru wanita.

"Kenapa dengki sangat dia ni? Apakah tujuan rungutan ni? Apakah dia beranggapan para guru macam ni lebih pandai berhias daripada mengajar ke?

"Ni jenis orang tak boleh lebih dari dia. Cemburu adalah satu penyakit.

"Kenapa nak bitter cikgu pakai lawa-lawa?" tegur netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain