BAYANGKAN, selama sembilan tahun melayari alam perkahwinan, wanita ini hanya mampu memendam rasa apabila pengorbanannya langsung tidak pernah dihargai si suami. Lebih memedihkan, sudahlah hampir sepenuhnya urusan rumah tangga dilakukan sendirian, namun bukan ucapan terima kasih yang diterima sebaliknya dia mendapat gelaran 'isteri derhaka'. Berkongsi kisah dukanya dalam satu hantaran di Facebook, wanita tersebut berkata, sepanjang perkahwinan yang menjangkau usia hampir sedekad itu, hanya dia sahaja yang menunjukkan usaha atau beriya-iya menjayakan hubungan berkenaan. "Aku tahan hati, apabila suami jarang nak ringankan bebanan kerja aku dekat rumah. Hampir 95 peratus aku dan anak-anaklah yang uruskan. "Daripada mengemas, memasak, mencuci... sampaikan sental lantai bilik air pun tanga aku juga. "Apabila nak tiba hari jadi atau ulang tahun perkahwinan, aku usahakan kumpul duit aku belikan hadiah... tapi balasan apa yang aku dapat? Tak pernah! Sikap seorang suami yang pandai menghargai isteri menjadi kunci keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan "Sembilan tahun kahwin, hanya sekali saja aku merasa hadiah, itu pun preloved. Tak apa aku reda, aku tetap terima apabila setiap tahun tak ada apa tanda sebagai penghargaan untuk aku," luahnya. Bukan hanya setakat melakukan kerja rumah, wanita ini berkata dia turut membantu suaminya mencari pendapatan sampingan untuk meringankan beban keluarga dengan berniaga. ARTIKEL BERKAITAN: Derita hingga nafas terakhir! Abang loreng angau dengan wanita lain, isteri pendam sampai jatuh sakit ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rajin’ outstation... Kecurangan isteri ‘terbongkar’ ketika suami solat tahajud, rakan universiti jadi orang ketiga! Pun begitu, apa yang dilakukannya sama sekali tidak pernah mendapat penghargaan atau balasan yang sewajarnya daripada suami. "Pada dia, cukup dia keluar bekerja, cari duit, beli barang rumah, bayar semua bil... yang lain akulah yang uruskan. "Selama ni aku jaga solat, doakan dia siang malam supaya dia jadi suami yang penyabar, penyayang, beriman dan sentiasa dilindungi Allah SWT, tapi aku dicop lagi isteri derhaka?" luahnya. Saya sokong puan untuk keluar daripada sengsara sebagai isteri. Percayalah, hidup awak akan lebih mudah dan tenang tanpa dia. NETIZEN Tambahnya, penyiksaan mental yang dihadapi hampir sedekad itu sudah cukup untuk membuatkannya tawar hati dan dia mempertimbangkan untuk berpisah. "Agaknya inilah masanya aku keluar daripada kehidupan yang sekarang ni supaya tak ada lagi gelaran isteri derhaka buat aku. "Memang inilah yang aku tunggu selama ni. Tak apa, menghitung hari saja lagi. Lepas ni awak takkan hadap lagi isteri derhaka ni. "Saya tak perlu lagi menyusahkan awak. Saya yakin saya boleh hidup dengan hasil usaha saya. Rezeki Allah SWT maha luas," luahnya lagi. Antara pandangan dan saranan netizen terhadap kisah wanita berkenaan. Coretan yang dikongsikan di laman grup Facebook Luahan Hati Seorang Isteri mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat buat wanita berkenaan. "Saya sokong puan untuk keluar daripada sengsara sebagai isteri. Percayalah, hidup awak akan lebih mudah dan tenang tanpa dia. "Apabila awak dah tak bersama dia nanti, baru dia tahu betapa bernilainya awak pada dia. Masa tu semuanya sudah terlambat. "Kalau saya yang kena bagi gelaran begitu, saya betul-betul buat. Jadi isteri derhaka... baru puas hatiku," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube