SETIAP bapa mempunyai cara yang tersendiri untuk menzahirkan rasa sayang mereka terhadap anak-anak. Selain dilafazkan melalui kata-kata, ramai golongan bapa yang lebih selesa menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan sahaja. Terbaharu, seorang gadis dikenali sebagai Qtwne tular di TikTok selepas berkongsi Google Form 'Kaunseling Keluarga' yang diisi bapanya. Bapa biasanya jarang meluahkan rasa sayang melalui lisan. -Gambar hiasan Menurut gadis itu, dia terpaksa menipu kononnya borang tersebut diberikan oleh pensyarahnya kerana mahu mengetahui isi hati bapanya terhadap anak-anak. "Rasa macam bersalah sebab 'tipu sunat' beritahu survey kaunseling. Tapi lagi nak menangis apabila baca jawapan. "Diri sendiri tak mampu nak tanya soalan macam ni terus dekat abah, tapi kita cuba cara lain. Sayang abah," tulisnya pada kapsyen. Diri sendiri tak mampu nak tanya soalan macam ni terus dekat abah, tapi kita cuba cara lain. QTWNE Menerusi jawapan yang diisi dalam borang berkenaan, bapanya meluahkan rasa syukur dan gembira selepas 26 tahun bergelar bapa. Menjawab salah satu soalan dalam borang itu, bapanya mengakui terlalu menyayangi anak melebihi rasa sayang pada diri sendiri. Bapanya turut berkata dia paling takut sekiranya berlaku perkara buruk ke atas anak-anak dan sedih apabila tidak dihormati mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ‘pergi’ pada hari graduasi, tak sempat tengok anak cemerlang naik pentas... Cikgu tahan sebak simpan berita sedih ARTIKEL BERKAITAN: Bapa menangis di stesen minyak ‘disidai’ anak, suruh datang tapi tak muncul! Nak balik tak cukup duit isi minyak motor Paling mencuri tumpuan tentunya apabila si bapa menjawab soalan ke-16 dalam borang itu yang mana dia diminta menulis pesanan untuk anak-anaknya. "Sebagai abah, abah mengharapkan anak abah berjaya dunia dan akhirat. Kena ingat, kalau kita kejar dunia semata, nescaya kita akan tertinggal akhirat. "Tapi kalau kita kejar akhirat, InsyaAllah dunia pasti akan turut serta. Jadilah manusia yang berguna untuk orang lain dengan membantu sesama manusia. Antara soalan yang ditanya menerusi Google Form itu. "Dalam hidup, kesabaran sangat utama kerana sabar itu sebahagian daripada iman. Abah doakan anak-anak abah semua jadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat," tulis bapanya. Rata-rata netizen di TikTok turut meluahkan rasa sayu selepas mereka membaca semua jawapan yang diberikan bapa gadis itu. "Part adakah anak penguat diri anda tu dah berjurai air mata aku. "Benda macam ni pun aku menangis. Teringin nak rasa ada ayah... al-Fatihah bapaku. "Menitik air mata. Aku tahu bapanya isi borang tu dengan penuh perasaan. "Part pesanan tu, air mata aku dah jadi tasik," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube