NEGERI Kelantan kerap menjadi topik perdebatan di media sosial sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen. Terbaharu, seorang gadis turut tular di laman X apabila dia memberikan pendapat tentang negeri di Pantai Timur itu. Menurut gadis itu, dia tidak suka berkunjung ke Kelantan kerana berpandangan makanannya tidak sedap serta ketiadaan fasiliti yang bersih untuk kegunaan orang ramai. Kelantan digelar sebagai 'syurga makanan' di Pantai Timur. -Gambar hiasan "Saya mewakili orang yang tak suka pergi Kelantan. Makanan tak best. Makanan di Terengganu jauh lebih baik. "Perjalanan ke Kelantan, tandas di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) atau stesen minyak semua 'hauk' (teruk). Geli wey, terus rasa gatal semacam kat private area. "Dulu saya selalu ulang alik Kedah dan Perlis ke Kuala Lumpur. Laluan utara tu banyak R&R luas, selamat, selesa. Saya tertanya-tanya kenapa belah Pantai Timur teruk?" soalnya. Geli wey, terus rasa gatal semacam kat private area. GADIS X Ciapan gadis itu menerima lebih 1,600 ulang kicau dan turut dihujani beberapa komen yang turut senada dengannya, terutamanya mengenai kebersihan di Kelantan. "Saya terpaksa bersetuju bab tandas. Memang saya rasa nak muntah. Semua tandas awam yang saya pergi, nak kencing pun tak lalu. Tak ada satu pun yang bersih. Terpaksa tahan sampai balik hotel. "Dah 2024 pun tandas awam masih teruk? 20 tahun lepas saya belajar di sana, nak pergi tandas pun kena pilih," tulis netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh Kelantan dihina ‘sek kito’ sendiri, dituduh menipu buat reviu makanan... Air terjun keruh pun dipersalahkan ARTIKEL BERKAITAN: Mek Kelantan mulut lancang, mesej ex-BF jemput datang kenduri sambil hina miskin - “Orang ‘tino’ tak suka lelaki susah” Bagaimanapun, ramai netizen termasuk penduduk negeri lain menyatakan rasa tidak setuju dengan pendapat gadis itu berkaitan makanan di Kelantan. Majoriti netizen mengakui Kelantan merupakan 'syurga makanan' dan mendakwa kenyataan gadis itu dibuat atas dasar kebencian semata-mata. "Tak baik menipu. Semua orang tahu Kelantan memiliki makanan terbaik dengan harga berpatutan. "Weh makanan kat Kelantan sedap gila. Aku selalu buat food trip ke Kelantan. Ciapan gadis itu menerima pelbagai reaksi netizen di laman X. "Ada banyak benda aku nak complaint tentang Kelantan, yang pasti bukan pasal makanan. "Kalau makanan Kelantan tak sedap, maksudnya dia tak pandai rasa makanan atau dia pergi kedai yang salah," kata netizen. Seorang lagi individu turut menyelar gadis itu sambil berkongsi pengalamannya sepanjang melakukan perjalanan kerja di Kelantan. "Kalau dapat kat b***a Twitter borak pasal Kelantan, semua buruk. Nasiblah aku dah pergi Kelantan work trip banyak kali. Semua normal je. "Orang baik, makanan sedap, tandas aku jumpa bersih je. Borak kalau dah benci macam bangang jadi outcome dia. Nak sembang tandas, kalau tempat banyak manusia, tandas teruk juga," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube