SEORANG individu meraih perhatian netizen selepas dia menuduh golongan peniaga air balang menjual minuman pada harga yang tidak berpatutan. "Modal air balang RM10. Jual RM3 satu cawan. Ini riba, untung melampau," tulis individu itu menerusi Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini. Hantaran berkenaan menyebabkan topik 'peniaga air balang' hangat dibincangkan netizen menerusi platform media sosial itu. Perniagaan minuman laris, khususnya pada bulan Ramadan. -Gambar hiasan Turut mencuri tumpuan tentunya jawapan balas seorang pemuda dikenali sebagai Remy Ramly yang tampil mempertahankan golongan peniaga. Pemuda itu turut membentangkan pengiraan modal yang dibuatnya, sekali gus menepis dakwaan individu berkenaan. "Tengok pun dah tahu tak berapa nak bijak buat statement. Aku tolong buat kira-kira kat kau air yang paling simple eh, air jagung. Berhenti membeli kalau rasa tak logik dengan harga yang dijual, bergaduh pun tiada guna. NETIZEN "Kordial jagung (dua botol) RM10. Susu pekat (lima tin) RM16.50. Susu cair (dua tin) RM8. Jagung (dua tin) RM7.80. Ais (dua beg (RM7.60). "Itu belum air gula, plastik, cup, sewa tapak bazar pun dah RM500 ke RM600 sekarang. Keringat lagi. Geram je aku nak maki," tulis pemuda itu. Di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyokong jawapan balas pemuda itu kerana harga barang juga semakin meningkat saban hari. ARTIKEL BERKAITAN: Guna Evian dituduh cuma ‘wayang’! Peniaga tak melatah, air balang sebungkus RM10 tetap laku keras ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ‘bergetar’ tengok pemuda comel kocak air balang... Peniaga Wakaf Che Yeh ini pandai buat duit, umur 20 tahun mampu beli Honda City "Kalau rasa mahal, buat sendiri. Orang berniaga memang kerja dia nak buat untung. Memang kerja dia berniaga. "Habis tu, lenguh kaki berdiri berniaga, bayar tapak, belum lagi hujan, satu balang pun tak boleh jual. Curah ke longkang. "Dah la B40, tak bijak pula tu, sedih," tulis beberapa netizen. Selain cabaran dari segi peningkatan kos, peniaga juga perlu berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan. -Gambar hiasan Namun, ada juga yang memberi nasihat kepada golongan pelanggan agar memboikot mana-mana kedai yang menjual makanan atau minuman pada harga tidak masuk akal. Tambah netizen, masalah harga makanan atau minuman yang mahal boleh dielakkan kerana pilihan terletak di tangan pelanggan. "Hidup ni ada pilihan. Aku sendiri rasa air balang sekarang harga Yahudi, tambah-tambah dekat food festival. Air oren bodoh jual RM8 satu cawan. Tapi pilihan di tangan kita. "Berhenti membeli kalau rasa tak logik dengan harga yang dijual. Bergaduh pun tiada guna. Benda bukan kita terpaksa beli pun," tulis netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube