KAEDAH cash on delivery (COD) atau khidmat pembayaran tunai semasa serahan barang bertujuan memudahkan pembeli yang mengalami kesukaran melakukan bayaran secara atas talian. Bagaimanapun kaedah tersebut dikatakan tidak 'mesra' kurier atau pekerja syarikat penghantaran barang disebabkan sikap pembeli yang tidak bertanggungjawab. Dek kerana pengalaman berhadapan dengan 1,001 ragam pembeli, ada dalam kalangan pekerja kurier berharap kaedah COD dihentikan sepenuhnya. Turut meluahkan perkara sama, seorang pengguna TikTok meminta para penjual di aplikasi TikTok Shop untuk menutup kaedah belian secara COD. Ratusan barang perlu dihantar dalam tempoh sehari. -Gambar hiasan The Star "Penjual di TikTok Shop tolonglah off COD payment tu. Aku kerja kurier nak hantar barang cepat, nak balik cepat. "Boleh tak jangan bagi pembeli COD... menyusahkan aku," luahnya. Menurut individu berkenaan kebanyakan pembeli yang menggunakan kaedah belian tersebut tidak memahami fungsi perkhidmatan yang ditawarkan itu. Malah katanya, terdapat segelintir pembeli yang tidak berada di rumah sewaktu barangan dihantar selain mahu beralih membuat bayaran secara transaksi atas talian. ARTIKEL BERKAITAN: Tempah COD tapi minta tangguh bayar ‘online’, bagi alasan sibuk cuci berak ayah... Rupanya taktik scammer nak makan popia, kek percuma! ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan ajak abang kurier main ‘explore race’ depan rumah... Kena cari duit COD terselit bawah puluhan pasu bunga Bukan itu sahaja, dia juga pernah menerima pelbagai alasan daripada pembeli semasa membuat penghantaran. Tidak kurang juga yang meminta satu tempoh masa bagi melunaskan bayaran disebabkan berhadapan kekangan kewangan pada masa tersebut. "Mereka tak faham COD tu apa... tak ada kat rumah atau kedai, belum gaji, bank tak ada duit nak transfer. "Ada yang keluar beli lauk dan minta hantar tempat lain atau hantar esok. Fake order pun ada juga," ujarnya. Saya (pekerja) kurier dan saya suka COD sebab hari-hari dapat duit lebih, dapat nasi percuma... macam-macam lagi. WARGA MAYA Menurutnya lagi, masalah yang dihadapi itu bukan semata-mata melibatkan pekerja kurier malah turut memberi impak kepada golongan peniaga juga. "Anda yang penjual pun rasa rugi apabila dah bungkus pakai kotak semua, kemudian barang COD tu return semula," tambahnya lagi. Luahannya itu mendapat perhatian warga maya sehingga ramai yang tampil memberi pandangan masing-masing. "Saya memang beli cara COD sebab tak ada online banking. Saya suri rumah je tapi tak pernah tak bayar dan memang standby duit siap-siap kalau dapat mesej out delivery. Kebanyakan warga maya tidak bersetuju kaedah COD dihapuskan. "Kalau tak guna COD, selalu barang main letak suka hati je... kalau COD barang dah tentu sampai ke tangan dengan selamat. "Kami buka COD untuk memudahkan mereka yang tiada online banking bang, terutama suri rumah. "Kita yang kena sidai, tunggu pagi sampai petang tapi tak sampai-sampai... tiba-tiba esok baru hantar," ujar beberapa netizen. Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan warga maya yang mengakui bekerja dalam bidang sama menyukai kaedah COD. "Saya (kerja) kurier dan saya suka COD sebab hari-hari dapat duit lebih, dapat nasi percuma... macam-macam lagi. "Aku suka COD sebab selalu dapat tips. Walaupun baki 50 sen yang orang tak ambil pun aku rasa bersyukur sangat dan akan cakap semoga rezeki mereka dimurahkan. "Bukan semua orang yang macam awak jumpa tu... saya kadang-kadang tak ambil baki, sedekah je pada kurier. Kadang-kadang bagi buah dan air sebagai upah," ujar beberapa pelayar lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube