suria

Dendam diejek, guru santau rakan di IPT! Tahu perkembangan mangsa melalui grup WhatsApp kelas - “Aku gembira dia derita”

Kebanyakan pelajar megalami masalah dengan rakan sekelas. -Gambar hiasan

INDIVIDU yang menjadi mangsa buli dan bahan ejekan pasti berdepan trauma sehingga ada yang mengalami masalah kesihatan mental.

Situasi sama dilalui wanita ini yang mana dia sering diejek oleh rakan sekelas semasa sedang mengikuti pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi.

Mengimbau kenangan pahit tersebut, ujarnya, semasa berada di universiti dia bukan sahaja selalu diganggu oleh seorang lelaki malah turut diejek di hadapan orang ramai termasuk rakan sekelas.

"Setiap kali bertemu, mulut dia akan menghina aku dan keji depan orang ramai. Setiap kali balik bilik mesti aku menangis.

"Dia hina aku muka kurap, kurus macam mumia, tak cantik, muka busuk tu depan orang ramai tanpa rasa segan silu," luahnya.

Sihir merupakan amalan kurafat yang masih diamalkan masyarakat masa kini. -Gambar hiasan

Sihir merupakan amalan kurafat yang masih diamalkan masyarakat masa kini. -Gambar hiasan

Dia yang kini bertugas sebagai guru berkata, kejadian buli tersebut berlarutan sehinggalah mereka berada di semester kelima.

Malah katanya, sepanjang tempoh tersebut, hidupnya menderita disebabkan kata-kata cacian yang dibuat oleh lelaki terbabit.

Lebih menyedihkan, rakan sekelas langsung tidak menyebelahi dirinya sebaliknya tidak masuk campur malah memekakkan telinga setiap kali dia diejek di khalayak.

"Aku bersabar, berdiam dan yang buat aku sakit hati adalah classmate aku sendiri tak pernah backup aku, apa yang aku kena... mereka buat bodoh je.

"Setiap kali jumpa, dalam hati aku akan mengeji dan mendoakan dia mati kena langgar kereta," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki guna ilmu ‘gentel lada hitam’ demi puaskan nafsu terlarang... Wanita perlu tahu cara matikan sihir, pengamal boleh mati pucuk!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita masuk Siam santau bekas kekasih, geram lepas terlanjur! Terkejut dapat tahu sudah meninggal dunia

Meskipun sudah setahun berkhidmat sebagai pendidik dan berada jauh daripada individu tersebut, wanita ini mengaku tidak pernah melupakan setiap kata-kata cacian yang diterima sepanjang tempoh pengajian.

Bukan itu sahaja, dia juga tidak berhenti mendoakan rakan sekelasnya itu mati dalam pelbagai cara.

"Aku mendoakan dia macam-macam sebab sampai sekarang aku benci dia... sampai mati.

"Aku pernah jumpa bomoh dan santau dia... memang menjadi. Secara tak langsung, dendam aku terbalas," tambahnya lagi.

Disebabkan amalan syirik yang dilakukan, rakan sekelasnya itu menderita dan sakit sehingga badan semakin kurus.

Aku faham apa yang kalu lalui tapi aku tak sokong part santau yang kau buat tu... jumpalah psikatri atau ustaz dan mengadulah pada orang yang kau boleh percaya.

WARGA MAYA

Malah dia juga gembira apabila mendapat maklumat tentang keadaan lelaki tersebut menerusi kumpulan WhatsApp kelas.

"Setiap hari aku terima dalam WhatsApp group tentang dia menderita sakit dan badan semakin susut. Aku gembira melihat dia menderita.

"Hujung tahun lepas aku berkahwin, hidup aku lebih bahagia bersama suami... dulu kena keji, hari ini dipuja suami dengan kecantikan aku.

"Cuma aku penat sebab 'benda' (entiti makhluk halus) tu asyik ganggu aku juga. Setiap kali senja mesti diganggu tetapi suami aku tak kena," ujarnya.

Bagaimanapun sejak berkahwin, dia sudah tidak mengetahui keadaan 'mangsa' santaunya itu.

Kebanyakan pelajar gemar meluangkan masa bersama. -Gambar hiasan The Star

Kebanyakan pelajar gemar meluangkan masa bersama. -Gambar hiasan The Star

Namun dia tetap mendoakan lelaki tersebut mati kerana tidak dapat memaafkan apa yang berlaku sehingga akhir hayat.

Dalam pada itu, dia berharap apa yang diluahkannya di laman sosial dapat memberi pengajaran dan pedoman kepada individu lain.

"Aku sedar aku berdosa dengan Tuhan tapi dalam masa yang sama aku tak boleh terima apa yang aku terima... dendam aku belum habis selagi dia hidup," tambahnya.

Luahannya itu dikongsikan seorang pelayar X yang turut menegaskan tindakan mensyirikkan Allah adalah dosa besar.

Namun katanya, pelayar media sosial tidak layak untuk mengadili mahupun menghukum perbuatan wanita tersebut.

Antara reaksi netizen tentang tindakan wanita tersebut.

Antara reaksi netizen tentang tindakan wanita tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berharap wanita tersebut segera bertaubat dan meminta maaf dengan rakan sekelasnya itu.

"Selagi dia hidup, kau masih sempat untuk minta maaf sebab kau santau dia.

"Aku faham apa yang kau lalui tapi aku tak sokong part santau yang kau buat tu... jumpalah psikatri atau ustaz dan mengadulah pada orang yang kau boleh percaya.

"Aku dari kecil dipanggil si muka hodoh padahal tak pernah kacau hidup dia. Setiap kali lalu berdekatan dia memang akan gelar macam tu, bertahun aku hadapi... walaupun dah pindah tetap rasa sakit hati sampai sekarang.

"Sebab itu kalau kena buli, voice out. Apabila simpan sendiri, tu yang jadi sakit hati dan berdendam sampai macam ni... tapi kalau laki kau tahu, mungkin dia ingat kau bomohkan dia sekali," ujar beberapa warga maya.

Berdasarkan penjelasan dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Islam menolak amalan sihir dan mengajar orang Islam untuk meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan sihir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain