suria

Masjid buat ‘pameran’ jam tangan, pelbagai aksesori lain... Semuanya ‘khazanah’ ditinggalkan jemaah, pemilik boleh datang tuntut

Antara 'koleksi' jam yang belum dituntut para jemaah masjid.

MASJID adalah tempat persinggahan musafir di samping menjadi lokasi tumpuan penduduk setempat yang ingin menunaikan solat secara berjemaah.

Tidak dinafikan kebanyakan jemaah yang menunaikan solat di masjid akan tertinggal barangan peribadi seperti jam dan cincin ketika ingin menggunakan tandas atau mengambil wuduk.

Situasi sama berlaku di sebuah masjid di Kajang, Selangor sehingga pihak pengurusan mengambil langkah mempamerkan barangan peribadi tersebut di ruang maklumat di dinding masjid.

Menerusi rakaman video tular, pelbagai 'khazanah' peninggalan jemaah dipamerkan termasuk jam tangan, cincin, rantai tangan dan dompet yang masih belum dituntut oleh pemiliknya.

Masjid Bandar Seri Putera Kajang sering melakukan pelbagai program bersama jemaah. -Gambar Facebook Masjid Seri Putra

Masjid Bandar Seri Putera Kajang sering melakukan pelbagai program bersama jemaah. -Gambar Facebook Masjid Seri Putra

Menurut pemilik video @ehailing.fm, jemaah yang pernah singgah di Masjid Bandar Seri Putra Kajang dan tercicir barang berharga boleh membuat tuntutan dari pihak masjid kerana terdapat pelbagai jenis barangan peribadi yang tidak dituntut.

"Barang anda tidak hilang kalau anda tertinggal di Masjid Bandar Seri Putra Kajang. Dekat sini pihak masjid menyimpan jam-jam tangan anda yang mungkin tercicir, terlupa, tertinggal di dalam tandas atau tempat wuduk.

"Kalau anda rasa tertinggal barangan berharga termasuklah jam, beg duit dan lain-lain yang berharga... anda bolehlah jumpa pegawai masjid ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka boleh solat Jumaat di KLIA! ‘Rooftop’ diubah suai jadi ruang solat... Lelaki ini tunjuk laluan supaya tak sesat

ARTIKEL BERKAITAN: Bagusnya Kembang... Sanggup jalan kaki ke masjid cari ketenangan, menangis pernah dihalau solat kerana imej ‘punk’

"Ada banyak yang tidak dituntut ini, jadi jangan malu-malu untuk datang semula dan bertemu dengan pegawai masjid untuk dapatkan semula barangan yang tercicir atau tertinggal ini," ujarnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

"Biasanya jemaah tanggalkan jam tangan di tempat wuduk dan terlupa selepas berwuduk! Sebaiknya masukkan jam dalam poket jika pakaian mempunyai poket.

"Saya dua kali tertinggal telefon dalam masjid dan tandas pusat beli belah. Nasib saya baik sebab orang baik yang temukan, jadi dapatlah balik.

Antara reaksi netizen selepas melihat koleksi jam yang tersimpan.

Antara reaksi netizen selepas melihat koleksi jam yang tersimpan.

"Lelonglah buat masuk tabung masjid.

"Macam mana kalau yang bukan empunya tu mengaku pula," ujar beberapa warga maya.

Dalam pada itu, mereka yang pernah menunaikan solat di masjid tersebut turut memuji kaedah dan tatacara yang diamalkan pihak pengurusan masjid.

"Masjid-masjid lain patut ambil contoh apa yang masjid ni buat... sangat kreatif dan membantu. Tahniah pengurusan masjid.

"Masjid ni mesra kanak-kanak. Maghrib macam (solat) Jumaat.

"Alhamdulillah syabas kepada AJK (ahli jawatan kuasa) dan pengurusan masjid," tambah segelintir pelayar lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain