suria

Jenuh sental satu rumah! Pemilik tebal muka ‘hadap’ penyewa... Tetamu terdahulu buat barbeku dalam homestay melekat bau asap, hamis daging

Pemilik homestay terpaksa membersihkan keseluruhan kediamannya angkara tindakan tetamu membuat barbeku di dalam rumah

BAGI mereka yang mempunyai perusahaan homestay atau rumah inap, sudah pasti terpaksa berdepan bermacam kerenah penyewa.

Paling tidak dapat diterima, ada sesetengah penyewa tidak menjaga kebersihan atau bertindak sesuka hati kerana beranggapan mereka sudah mengeluarkan wang untuk membayar sewa.

Begitu jugalah nasib yang menimpa seorang pemilik homestay apabila penyewa membuat 'onar' sehingga menyusahkan dirinya dan bakal tetamu seterusnya.

homestay 2

Menurut pemilik, bau asap dan daging masih dikesan selepas beberapa hari biarpun keseluruhan rumah dibersihkan.

"Bukan mudah untuk uruskan homestay. Bila jadi situasi begini, jadi speechless," tulisnya pada perkongsian video yang dimuat naik di TikTok.

Berdasarkan perkongsian video tersebut, pemilik homestay berkenaan meluahkan rasa kesal dengan sikap penyewanya yang sesuka hati membuat barbeku di dalam rumah.

Tindakan tidak bertanggungjawab penyewa tersebut mengakibatkan keadaan dalaman rumah terjejas sehingga perlu dibersihkan secara keseluruhan.

Memang kena buat deep cleaning. Berhari-hari masih lekat bau.

PEMILIK INAP DESA

"Semua jenis fabrik terpaksa dibuka dan dibasuh. Satu rumah kena basuh lantai... mop sahaja tak jalan.

"Sebab satu rumah, lantai berminyak dan rumah berbau asap. Kusyen dan bantal kena jemur semuanya.

"Rumah berminyak, berbau asap dan hamis daging. Memang kena buat deep cleaning. Berhari-hari masih lekat bau," tulis pemilik homestay berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik homestay dituduh samakan penyewa dengan ayam sebab beri beras murah, hina makanan sedekah

ARTIKEL BERKAITAN: 3 bulan disewa, homestay bagai dilanda taufan! Tak sangka penyewa cantik pengotor teruk, geli tuala wanita terpakai tak dibuang

Bukan sahaja perlu mengerah tenaga untuk membersihkan seluruh homestay, malah dia juga terpaksa 'tebal muka' memohon maaf serta memaklumkan situasi sebenar kepada penyewa seterusnya.

Malah dalam mesej yang dihantar kepada penyewa kedua tersebut, dia menawarkan bayaran semula (refund) sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan keadaan homestay.

Perkongsian pemilik homestay berkenaan mengundang perhatian netizen apabila meraih lebih 602,000 jumlah tontonan di TikTok.

homestay 3

Tangkap layar mesej yang dihantar kepada penyewa seterusnya (kiri), serta komen netizen yang bersimpati dengan nasib pemilik homestay (kanan).

Menjengah ruangan komen pula, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati terhadap pemilik homestay berkenaan.

Selain itu, ada juga netizen yang mencadangkan tip untuk menghilangkan bau kurang menyenangkan di dalam dalam rumah.

"Lagi satu bau asap rokok. Menangis kalau orang lain nak datang check-in.

"Macam mana diaorang boleh buat barbeku dalam rumah dengan asap berkepul-kepul. Kita barbeku dekat luar pun berkicap.

"Saya pernah.... Allah, letihnya tak tahu nak cakap. Tambah-tambah mereka buat birthday. Habis kek kena lantai, tilam. Kena banyak sabar," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain