BAGI pasangan bercinta, melangkah ke fasa seterusnya iaitu pertunangan sememangnya dinanti-nantikan sebelum menuju gerbang perkahwinan. Mengikat tali pertunangan merupakan adat yang masih kekal dalam masyarakat, malah zaman sekarang ada juga yang mengadakan majlis secara besar-besaran. Namun bagi seorang seorang wanita yang bakal bertunang, keterujaannya untuk bertunang seakan-akan terbantut gara-gara sikap dingin teman lelakinya. Setiap pasangan bercinta mahu hubungan ke fasa seterusnya. -Gambar hiasan Freepik “Tarikh tunang dah nak dekat, tapi bakal tunang tak tanya apa-apa pun tentang majlis atau apa-apa yang belum selesai. “Saya faham majlis tunang memang pihak perempuan yang perlu uruskan tapi sekurang-kurangnya tanyalah apa lebih, apa kurang. Nampaklah juga keseriusan tu,” katanya. Menerusi satu luahan di grup Facebook, sikap tidak ambil peduli yang ditunjukkan bakal tunang membuatkan wanita itu mula tawar hati. Apatah lagi dengan pengorbanan masa dan tenaganya membuat segala persiapan bagi memastikan urusan majlis pertunangan berjalan lancar sebagaimana yang dirancang. “Ini tidak... pelamin, barang makan dan segala-galanya saya yang uruskan,” katanya dengan nada kesal. Meluahkan perasaan yang terbuku di hati, wanita itu turut membuat pendedahan bahawa dia sanggup menerima lelaki itu sebagai suami meskipun banyak lagi pemuda lain mahu mengahwininya. “Kepada bakal tunang, jangan sampai I terima orang lain sebelum majlis kita ye! Yang nak dekat I banyak, you tahu benda tu. “Ikutkan hati kalau you bukan sejenis bekerja keras I dah lama terima orang-orang yang nak dekat I. Mereka semua dah berkerja tetap tapi hmmm dah la, tak sanggup sebenarnya nak taip macam ni tapi sakit hati sangat,” katanya lagi. Seorang wanita kecewa bakal tunang tidak mengambil perhatian mengenai persiapan majlis pertunangan. Di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan si lelaki sepatutnya memberi kerjasama dan perhatian meskipun majlis tunang kebiasaannya diuruskan oleh keluarga perempuan. Pada masa sama, ada yang memberi nasihat supaya membuat majlis ala kadar kerana bukan satu kewajipan untuk mengadakan majlis pertunangan. “Tak best kalau situasi macam tu. Macam tak teruja. Kalau tak dapat bantu persiapan pun, sekurang-kurangnya tanyalah. Nampaklah usaha tu, nampak ambil peduli, nak tunang kot. “Tak payah buat majlis, tunang je pun. Nak beria sangat tu kenapa? Sedia makan minum untuk rombongan famili lelaki sudah. Ni siap pelamin bagai, lepas tu bising macam-macam," komen beberapa netizen. Baru nak tunang ni. Bila nak kahwin nanti tak tahulah macam mana. NETIZEN Malah, segelintir warga maya memberi peringatan kepada wanita itu supaya berfikir masak-masak sebelum memutuskan untuk bertunang disebabkan sikap sambil lewa bakal tunangnya. “Baik hang lari je. Baru nak tunang ni. Bila nak kahwin nanti tak tahulah macam mana. “Ujianlah tu. Tanda-tanda kecil, sempat lagi fikir,” kata netizen mengingatkan wanita itu. Bukan wang ringgit yang diminta, tetapi seorang wanita hanya mahu perhatian daripada bakal tunang. Sementara itu, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pertunangan dalam Islam bertujuan bagi mengenal akhlak dan sifat pasangan sebelum diadakan akad nikah. Selain itu, katanya, ia juga membantu dalam menguatkan hubungan cinta serta mempersiapkan diri masing-masing sebelum berkahwin. “Menjawab persoalan (majlis besar-besaran), tidak digalakkan untuk mengadakan majis bertunang secara besar-besaran. Namun, jika mampu dibolehkan. Jika tidak mampu, maka tidak perlu. “Walaupun begitu, kami lebih cenderung supaya tidak dilakukan secara berlebih-lebihan sehingga membawa kepada pembaziran. “Apa yang penting dan lebih utama adalah barakah dan doa dalam apa jua perkara. Jika hanya sekadar jamuan dan makan makanan dan serta niat menunjuk-nunjuk, maka itu tidak memberi banyak manfaat. “Kami cadangkan agar pertunangan yang dilangsungkan sebaik-baiknya dipendekkan tempoh masanya hanya beberapa minggu atau sebulan dua sahaja. Ini kerana matlamat asal adalah perkahwinan dan mengelak sebarang bentuk dan pintu yang membawa kepada maksiat,” katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube