suria

Bekas isteri ligat canang keburukan, putar belit cerita... Lelaki risau anak terpengaruh- “Mama jumpa orang, cerita papa buruk-buruk”

Penceraian antara suami isteri akan memberi kesan kepada anak-anak. -Gambar hiasan

TIDAK ada pasangan yang berkahwin mahu rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian, lebih-lebih lagi sekiranya sudah dikurniakan cahaya mata.

Semestinya perpisahan bakal memberi kesan bukan sahaja kepada pasangan berkenaan, malah emosi anak-anak terutamanya yang masih kecil turut terjejas.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki mengenai bekas isterinya yang menunjukkan contoh kurang baik di hadapan anak-anak mereka.

"Saya dah bercerai dengan bekas isteri. Kami ada dua orang anak, yang pertama berusia tujuh tahun dan yang kedua, dua tahun. Anak di bawah jagaan bekas isteri.

"Bekas isteri saya ni selalu bising-bising call, WhatsApp dan canang dekat kawan-kawan dia, kawan-kawan saya dan jiran dia yang saya tak jalankan tanggungjawab sebagai ayah.

2

Banyak pasangan yang sudah bercerai tidak dapat mengekalkan hubungan baik demi anak. -Gambar hiasan

"Saya ada bagi duit setiap bulan. Ada lebih, saya bagi lebih. Kalau pergi tengok anak, saya belikan apa yang tak ada. Hampir setiap hari jugalah saya singgah rumah mentua jenguk anak," ceritanya.

Bukan sahaja menuduhnya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai bapa, bekas isterinya juga mereka-reka cerita kepada orang lain untuk memburukkan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Sabtu pun kerja, Maghrib baru balik! Suami pelik baca mesej ‘lega dah period’ hantar kepada cleaner sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rajin’ outstation... Kecurangan isteri ‘terbongkar’ ketika suami solat tahajud, rakan universiti jadi orang ketiga!

Perkara tersebut diketahui daripada anak sulungnya yang suka bercerita setiap kali mereka bertemu.

"Anak yang sulung tu dah dapat fikir. Dia kadang-kadang tanya saya... Kenapalah mama suka moody tak pasal-pasal. Duduk rumah asyik kena jaga adik je. Tak jaga, kena cubit. Bila mama jumpa orang, mama mesti cerita papa buruk-buruk.

"Bekas isteri memang susah sangat nak terima teguran. Kadang dia lepas dekat anak... merah badan anak. Tapi dia cerita dekat orang lain depan-depan anak sulung saya, saya yang buat

"Anak sulung saya cerita. Dia luahkan dekat saya. Abang rasa macam nak je bagi tahu kawan mama tu, mama tipu. Bukan papa yang cubit," kongsinya.

Ada ciri narcisistic. Mahukan perhatian melampau, dia je yang betul dan terlalu pentingkan diri.

NETIZEN

Tambah lelaki berkenaan lagi, dia bimbang sikap buruk isterinya itu memberi kesan kepada dua anaknya yang sedang membesar.

"Kesian tengok anak-anak. Nak ke mahkamah tuntut anak supaya di bawah jagaan saya, yang nombor dua masih kecil. Saya tak pandai sangat handle.

"Nak bahagi seorang satu, saya tak sanggup pisahkan adik-beradik. Apa perlu saya buat?" luahnya lagi.

Perkongsian lelaki berkenaan di laman grup Facebook Tanya Peguam, mengundang perhatian warga maya yang menyifatkan bekas isterinya sebagai seorang narsisistik.

komen suami

Ramai menyarankan lelaki berkenaan mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi anak-anaknya.

Malah mereka menyarankan supaya lelaki berkenaan menyimpan setiap bukti sebagai persediaan sekiranya berlaku perkara melibatkan undang-undang.

"Ada ciri narcisistic. Mahukan perhatian melampau, dia je yang betul dan terlalu pentingkan diri. Dia juga cuba mengawal hidup orang lain dan play victim.

"Saya rasa ex-wife encik perlu dapatkan rawatan psikiatri ataupun kaunselor. Kesian your ex-wife. Mesti tekanan emosi yang buatkan dia macam tu.

"Kumpul bukti, resit belian barang... bagi nafkah jangan bagi cash. Transfer, ada resit. Ex-wife mainkan kita, kita game dia balik," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain