RAKAMAN tular memaparkan seorang wanita menziarahi pusara ibunya sambil berkongsi tentang majlis pertunangannya mengundang sebak netizen. Dalam video dimuat naik Miraa Bakri, dia dilihat bersedih mengenangkan arwah ibunya, Sehah Amriah yang tidak sempat untuk meraikan hari bahagia bersamanya. Sambil menangis, Miraa yang menggelarkan dirinya 'adik' menyatakan kesyukuran apabila ibunya 'hadir' dalam mimpi di saat dia begitu merindui wanita itu. "Terima kasih mama hadir dalam mimpi adik selepas 79 hari tinggalkan kami (sekeluarga). Tangkap layar rakaman video yang tular. "Semoga mama saya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan solehah serta digugurkan dosanya seperti timur dan barat yang tidak pernah bertemu," jelasnya pada ruangan kapsyen video. Ketika menadah tangan berdoa dan berterima kasih kepada Allah, Miraa turut berkongsi berita gembira bahawa dia sudah bertunang pada Disember 2023. Namun, apa yang membuatkan dirinya sedih apabila arwah tidak dapat bersama-sama berada di majlis tersebut. "Ya Allah, Ya Tuhanku, terima kasih kerana bagi aku dapat mimpi semalam. Mama terima kasih sebab hadir dalam mimpi adik semalam ya. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis menangis teresak-esak kantoi berduaan di kubur, teman lelaki malu tak sempat pakai seluar ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari menangis, bawa mangga ke kubur! Suami hilang isteri trauma bergelap, berhenti kerja selepas cuma dapat 2 hari cuti paterniti "Mama datang dalam keadaan muka marah-marah dan cakap 'cepatlah' macam biasa. Semalam mama kan... adik bertunang. Adik sedih kadang-kadang, dekat atas pelamin tu mama tak ada. "Adik tak boleh cakap kalau Allah ambil mama maksudnya adik tak reda. Tapi adik rindu mama," katanya seolah-olah bercakap dengan ibunya. Dalam video tersebut, Miraa juga menyelitkan video menunjukkan dia sedang berbual dengan ibunya sewaktu wanita itu masih hidup. Menerusi video itu, Miraa berpesan kepada ibunya yang meninggal pada 13 Oktober 2023 supaya tidak bertanya mengenai jodohnya yang mana pada masa itu dia masih belum bersedia untuk kahwin. Ni kenangan saya dan nak tunjuk dekat anda semua macam ini rasanya apabila orang yang anda rapat, sayang tinggalkan kita. MIRAA "Dulu mama paksa saya kahwin, saya tak nak sebab tak bersedia. Saya pernah nampak apa yang terjadi dalam hidup saya. Video ni bukan untuk tunjuk siapa baik siapa jahat. "Ni kenangan saya dan nak tunjuk dekat anda semua macam ini rasanya apabila orang yang anda rapat, sayang tinggalkan kita. Doa yang baik-baik. "Kalau rasa video ni menyakitkan mata anda atau hati anda, semak diri anda balik okay sebab saya tiada niat untuk perkara lain. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang," jelasnya. Rakaman video tersebut turut mengundang sebak netizen yang sedih melihat Miraa. Komen netizen pada video. Rata-ratanya bersimpati dengannya apabila hasrat si ibu untuk melihat Miraa berkahwin tidak kesampaina. "Macam ni la saya dekat kubur mama. Saya tengok kiri dan kanan. Saya panggil mama kuat-kuat dari tekak ni. "Sudah lama tak panggil mama kuat-kuat. Dekat kubur je boleh panggil macam tu," komen beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube