MEREKA yang sudah berkahwin kebanyakannya akan menjadikan adik beradik yang masih bujang sebagai 'sasaran' untuk membantu menjaga atau mengasuh anak-anak saudara. Bagi golongan yang masih solo itu pula, pastinya tiada masalah untuk membantu sekali-sekala atau jika ada kelapangan tetapi si ibu dan bapa janganlah pula sampai ke tahap mengambil kesempatan. Seorang wanita meluahkan tentang perselisihan yang berlaku dengan kakaknya hanya kerana tidak dapat menjaga anak saudara. "Aku bergaduh lagi dengan kakak aku, puncanya aku tak nak jagakan anak dia. Aku bukan saja-saja tak nak jaga, tapi aku ada temuduga kerja," katanya menerusi satu luahan di grup Facebook. Diuji setiap kali menghadiri sesi temuduga kerja. -Gambar hiasan Freepik Namun apa yang amat dikesalkan, kakaknya tergamak memburuk-burukkan dirinya gara-gara permintaan untuk mengasuh anaknya tidak dapat dipenuhi. Bukan itu sahaja, kakaknya turut mengaitkan isu yang berbangkit dengan 'teman lelaki'. "Dia beria burukkan aku dekat mak aku, kononnya aku asyik serabut sebab pakwe. Aku tak tahulah apa yang ada dalam kepala fikiran dia, asal serabut je sebab lelaki. "Dia bukan tak tahu aku ni dah sebulan menganggur. Aku berhenti kerja lama disebabkan dia. Sebulan aku cari kerja lain. Setiap kali dapat (sesi) temuduga je mesti aku kena jaga anak dia," ujarnya dengan nada kesal. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita penat jadi ‘kuli’, jaga 2 anak buah sampai malam... Adik upah RM500 sebulan, gaji bibik lebih tinggi ARTIKEL BERKAITAN: Kakak asyik suruh adik mengasuh anak, tak fikir orang bujang pun ada life sendiri! Paling sedih hulur RM10 je Seorang wanita yang menganggur terkilan dengan sikap kakaknya. -Gambar hiasan The Star Setelah lama menahan kesabaran, wanita itu akhirnya memberanikan diri untuk menolak permintaan kakaknya dan menetapkan pendirian. "Aku cakap 'tidak', terus dia ungkit masa aku kecil kononnya dialah yang jaga. Dia asyik nak aku je kenang jasa dia, tapi dia tak pernah nak nampak bila aku tolong dia. "Aku bukan nak ungkit tapi penat. Dari aku sekolah menengah asyik nak kena jaga anak dia, dari anak sulung sampai ke anak keempat... asyik aku," jelasnya. Kau pun nak ada kehidupan juga. Pergi cari kerja. NETIZEN Setiap kali mereka bersemuka dan dia menegur sikap kakaknya yang mementingkan diri, pasti 'drama' akan berlaku dengan bermodalkan statusnya yang sudah berkeluarga. Pada masa sama, dia turut mempersoalkan tentang alasan yang diberikan setiap kali diminta untuk mengasuh anak-anak kakaknya. Setiap wanita mengimpikan untuk mempunyai pekerjaan tetap dan gaji sendiri. -Gambar hiasan The Star "Bila tegur, katanya aku tak ada dekat tempat dia. Ya Allah, aku ke yang suruh dia nikah? Setiap kali dia minta jaga anak-anak dia, bukannya dia ada urusan penting pun. "Sekadar pergi join konvoi motor, pergi mandi-manda," katanya yang memberi gambaran pertolongannya itu dibuat atas dasar sukarela, tanpa dikenakan bayaran. Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang dialami wanita itu dan menyarankannya supaya mencari kebahagiaan dan hala tuju sendiri. "Dia tak nak awak kerja dik, sebab tak ada orang akan jaga anak dia. Sebab itulah setiap kali hari ada interview je dia buat hal. "Kau pun nak ada kehidupan juga. Pergi cari kerja, pedulikan dia nak kata apa. Kebahagiaan hidup kau bukan dia yang tentukan. Sekali-sekala bolehlah tolong jaga, tapi ini lebih-lebih pula. "Sebenarnya dia nak cari pengasuh tanpa bayaran kepada anak dia. Dengan adik-beradik takkan berkira kot kononnya. Kita pun nak juga pegang duit sendiri, nak berbelanja, nak menyimpan," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube