SEORANG gadis mengalirkan air mata selepas melihat barang-barang yang dikirimkan oleh ibu tercinta kepadanya. Menurut apa yang diceritakan Trisyalee, ibunya merupakan seorang guru yang tegas namun mempunyai cara tersendiri menunjukkan kasih sayangnya. Bungkusan yang sarat dengan makanan itu diserahkan oleh adiknya selepas pulang dari kampung halaman mereka di Kelantan sempena cuti umum Tahun Baru Cina. "Saya nak kongsikan apa yang mak kirimkan dekat saya masa adik balik kampung. Berat nak mampus. Banyak ye, penuh (beg) dia bawa. Antara barang kiriman ibu diterima. "Mak kan... dia tak pandai tunjuk cara dia sayang saya. Dia susah nak cakap yang dia bangga dengan saya. Susahlah nak cakap yang dia sayang. "Mak saya ni garang dan tegas tapi apabila dia hantar barang macam ni, kirim dekat adik saya... tu salah satu cara nak cakap yang dia sayang la. Mak saya ni jenis yang tak pandai cakap dan tunjuk," ujarnya. Sambil dia bercerita, ti dak semena-mena gadis ini mengalirkan air mata sambil terus menceritakan mengenai kebaikan ibunya. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar sanggup berlapar demi ibu akhirnya ‘tewas’, minta bantuan selepas putus bekalan makanan... elaun belajar semua kirim ke kampung! ARTIKEL BERKAITAN: Dah setahun tak balik kampung, 2 kali raya tak bertemu... terlalui berharga sampaikan airmata jantan tumpah saat buka kiriman ibu Menerusi video yang dikongsi Trisyalee, dia meluahkan rasa rindu terhadap ibunya sambil menangis teresak-esak. Dia kemudian menunjukkan tiga jenis barang berbeza yang dikirim dari kampung, yang mana setiap satunya mempunyai kisah tersendiri. "Barang pertama mak kirim dekat saya adalah ciku. Buah ni dia tanam sendiri. Mak saya ni memang jenis orang suka menanam. Mak saya seorang cikgu. Jadi kalau ada masa terluang dia akan menanam. Hati saya ni keras tahu. Tapi tengok kamu menangis kita pun nak nangis sekali. NETIZEN "Yang kedua mama kirim serunding sebab tahu anak dia suka makan. Lagi-lagi kan bulan depan (Mac) sudah nak dekat dengan tarikh puasa. Jadi dia kirim setengah kilogram serunding. "Apa yang buatkan saya sedih sangat. Hari tu ada cakap dengan mama saya buat telur masin tapi tak jadi. Awak tahu dia bagi dekat adik saya sebekas telur masin. Dia siap letak tanda (tarikh) bila saya boleh rebus. Jadi ini sahaja barang yang mak kirim dekat adik," katanya lagi sambil menangis terharu. Dia seterusnya turut bercerita bahawa ibunya sebelum ini pernah mengirimkan pes masakan seperti gulai kuning ikan tongkol atau kerutuk ayam atau daging. Hantaran tersebut meraih lebih 100,000 jumlah tontonan dan dibanjiri oleh pelbagai komen netizen setelah dimuat naik di TikTok. Komen netizen di TikTok. Rata-ratanya meluahkan rasa terharu melihat perkongsian Trisyalee. "Walaupun mak garang tapi tetap sayang rindu mak bila berjauhan. "Hati saya ni keras tahu. Tapi tengok kamu menangis kita pun nak nangis sekali. "Siapa yang merantau je akan faham. Hari tu masa raya Cina sanggup wey pandu kereta dari Klang sampai Terengganu semata-mata nak jumpa mak," komen beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube