suria

‘Tuah’ longgok pakaian! Suami cari stoking tak jumpa, isteri jadi penyelamat... Mudah dapat RM100 upah lipat kain

Seorang isteri menerima upah daripada suaminya yang mahu pakaian dilipat. -Gambar hiasan (kiri)

TERUJA hati seorang isteri apabila dia menerima 'upah' selepas membantu suami mencari sepasang stoking.

Menurut Azira Mamat, duit RM100 itu diterima secara tunai selepas dia berjaya menjumpai stoking yang mahu dipakai suaminya untuk pergi bekerja.

Sebagaimana dijelaskan dalam satu hantaran di Facebook, si suami sebenarnya memberikan wang tersebut sebagai 'pendorong' untuk dia melipat pakaian di rumah mereka.

Tugasan menguruskan rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah. -Gambar hiasan

"Suami bagi duit suruh lipat kain selepas cari stoking kerja tak jumpa-jumpa," jelasnya dalam hantaran tersebut.

Menurut Azira, dia sedar adalah mustahil untuk suaminya menjumpai stoking yang dicari dalam longgokan pakaian yang sudah dicuci, tapi belum dilipat di rumah mereka.

Lebih membuatkan 'pencarian' semakin sukar apabila bukan hanya selonggok, tetapi terdapat tujuh timbunan pakaian yang masih tidak dilipat oleh Azira.

"Manalah nak jumpa, abang (panggilan suami). Tak kan tak tahu ada tujuh 'gunung' dekat rumah kita ni kan," katanya.

Dalam pada itu, Azira sempat berseloroh dalam postingnya apabila berharap suaminya berterusan memberi upah setiap kali perlu mencari stoking dalam longgokan pakaian.

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek Kelantan bukan biasa-biasa! Ramai terpukau tengok lipatan kain baju kemas, tersusun cantik... Siap minta buat tutorial

ARTIKEL BERKAITAN: Tak larat lipat kain? Wanita ini tawar servis ’next level’, guna teknik khas supaya jatuh tak terbuka... Nak suruh gosok tudung pun boleh!

"Kena ada 'skill (kemahiran) gali-gali'. Tapi kalau abang selalu praktis macam ni, insyaAllah mudah sangat jumpa lepas ni," ujarnya berseloroh.

Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang terhibur dengan posting dibuat Azira.

Malah, ada juga dalam golongan isteri yang terhibur dan berterima kasih kepadanya kerana berkongsi 'taktik' yang boleh dicuba untuk mendapatkan upah daripada suami masing-masing.

Ustaz kata jangan biarkan kain berlonggok tak berlipat. Nanti jadi 'rumah' jin.

NETIZEN

"Kena lagi banyak 'gunung' lagi banyak dapat duit. Cari gali pun kena ada skill. Tak kena gaya, depan mata pun tak nampak.

"Suami kalau bab mencari memang susah jumpa. Bukan sebab ada 'gunung' pun. Memang macam tu kot. Kalau cari apa-apa tak jumpa.

"Baru harmoni kebahagiaan para isteri. Semangat sikit nak melipat baju.

"Kalau hari-hari dapat macam ni, cukup sebulan boleh dapat gelang emas ni," komen beberapa netizen.

Komen netizen pada hantaran dibuat Azira.

Jika diteliti ruangan komen, Azira berkata dia sudah 13 tahun melakukan 'taktik' berkenaan terhadap suami.

Tambahnya lagi, dia menerima wang tersebut kerana suaminya sudah tidak tahan melihat longgokan tersebut.

Bagaimanapun, salah seorang netizen juga menitipkan pesanan supaya tidak membiarkan pakaian dalam keadaan tidak berlipat.

"Ustaz kata jangan biarkan kain berlonggok tak berlipat. Nanti jadi 'rumah' jin. Dia suka duduk dalam timbunan kain," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain