MEDAN sosial terus menjadi platform luahan pasangan suami isteri yang berdepan masalah rumah tangga. Bagi kaum lelaki, perkongsian biasanya dibuat untuk mengurangkan tekanan perasaan yang dialami kerana malu untuk berkongsi masalah dengan rakan mahupun ahli keluarga. Menyedari ramai berdepan nasib yang sama, lelaki ini tampil berkongsi pengalamannya memiliki seorang isteri yang pemalas. "Ramai rupanya yang senasib dengan aku dapat isteri pemalas tapi demand tinggi," ujarnya memulakan cerita. Berdua-duaan dalam kenderaan menjadi perkara biasa bagi pasangan bercinta. -Gambar hiasan Menurut lelaki ini, isterinya bukan sahaja enggan melakukan kerja rumah malah gemar meminta dia membelanjakan wang untuk perkara yang tidak sepatutnya. "Aku gaji 7k (RM7,000) je tapi wife jenis nak makan mahal-mahal dan suka berjalan-jalan. "Pergi mana-mana tu semua aku ikut... masa bersalin dulu, dia nak private dan ambil CL (confinement lady). ARTIKEL BERKAITAN: Suami buntu bini pemalas! Kerja rumah tak buat, cuma pandai shopping online - “Tak mandi seharian, di luar sangat bergaya” ARTIKEL BERKAITAN: Tegur baik-baik tak jalan, suami menyesal kahwin isteri pemalas tahap melampau... Biar anak-anak lapar, tak mandi sampai malam! "Apa sahaja yang dia minta, aku layan je," luahnya yang menganggap sikap isterinya itu akan 'berakhir' selepas segala kemahuan dituruti. Namun selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, sikap isterinya tidak berubah. Lebih menyedihkan apabila isterinya enggan memasak dan melakukan kerja rumah yang lain. Awak kan terima dia seadanya, dulu? WARGA MAYA "Dia nak masak untuk aku seminggu sekali pun susah. Benda-benda lain lagilah tak buat," ujarnya. Luahannya itu mendapat perhatian warga maya berikutan sikap isteri yang disifatkan ‘high maintenance’. "Kenapa wujud isteri macam ni? Mereka tak boleh more considerate ke kat suami? Masa belum kahwin tak tolong mak buat kerja rumah ke? "Perempuan yang tinggi maintenance nak ke mereka ke dapur? Ramai lelaki cerdik sekarang pilih wanita berusia atau janda yang ada kerjaya dan independent. Warga maya tampil dengan pelbagai reaksi pada ruangan komen. "Apabila dah jadi ketua keluarga, bentuklah isteri supaya mendengar kata suami... sepatutnya sebelum kahwin lagi kalau jumpa perempuan high maintenance ni jangan buat isteri. "Terfikir kes begini, lelaki kalau nak tinggalkan perempuan boleh je lafazkan talak tapi perempuan kalau nak lepaskan diri dari lelaki yang tak berguna tu memang susah," ujar beberapa warga maya. Bagaimanapun, segelintir wanita tampil menyalahkan lelaki terbabit kerana meneruskan perkahwinan meskipun sudah mengetahui sikap isterinya lebih awal. "Kenapa nak complaint? Kau sepatutnya dah tahu sikap dia sebelum berkahwin tapi masih nak teruskan hubungan. "Awak kan terima dia seadanya, dulu? "Sebelum kahwin perempuan tu buat kerja apa kat rumah? Lebih life kat luar atau rumah sebenarnya," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube