suria

Jurutera gaji 18K nikah bini nombor 2! Isteri pertama tolong carikan... Beban berkurang, bahagi ‘tugas’ layan batin suami dengan madu

Kisah wanita itu yang mencari isteri kedua buat suaminya tular di media sosial.

RAMAI isteri menolak amalan poligami kerana tidak sanggup untuk berkongsi suaminya dengan wanita lain.

Namun, lain pula cerita wanita ini yang dilihat gembira 'menghadiahkan' seorang madu buat suaminya.

Menerusi perkongsian di X, wanita itu turut memuat naik sekeping foto ketika majlis perkahwinan suaminya dengan isteri kedua.

WhatsApp Image 2024-02-25 at 2.30.34 PM

Ramai isteri menolak amalan poligami kerana tidak sanggup berkongsi kasih. -Gambar hiasan

"Update pasal pencari madu hari tu. Dah selamat dah, Alhamdulillah. Doakan yang baik-baik ya untuk aku dan keluarga.

"Banyak gila drama sebab keluarga semua tak setuju. Kahwin kat pejabat agama je sebab nak elakkan drama. Nak selesaikan yang penting baru fikir majlis.

"Pelamin pun pejabat agama punya je. Yang datang waktu nikah cuma keluarga belah perempuan dan aku. Keluarga suami semua tak datang," ujarnya.

Keluarga suami aku tengah bising, marah-marah. Aku pun tak faham kenapa mereka marah, sedangkan aku okay je.

ISTERI PERTAMA

Menurut wanita itu, dia hanya mengabaikan pandangan serong ahli keluarganya kerana dia sendiri tiada masalah untuk menjalani hidup berpoligami setakat ini.

"Tak apalah apa orang cakap sekali pun. Aku okay je. Mereka dah kahwin dua minggu. Aku pun bahagia je. Tiada benda aneh setakat ini.

"Dia (madu) kerja juga sebagai akauntan, lebih kurang kerja aku. Jadi masing-masing faham. Sekarang ni giliran dia weekday, aku weekend. Mungkin nanti akan tukar kot. Ikut dia nak macam mana, aku ikut je.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja engineer kuat seks, isteri cari madu sebab tak larat layan! Gaji 18K, tiada masalah bagi elaun 3K sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak kisah kongsi kasih, pujuk pasangan cari ‘madu’... Ramai tegur jangan pelik-pelik, nanti meroyan

"Majlis belah perempuan buat masa raya nanti kot. Keluarga suami aku tengah bising, marah-marah. Aku pun tak faham kenapa mereka marah, sedangkan aku okay je," ujar wanita itu.

Dia turut berterima kasih kepada pemilik akaun X @meinmokhtar yang membantu 'mengiklankan' pencarian madunya sekitar November tahun lalu.

Untuk rekod, kisah wanita itu yang mencari isteri untuk suaminya pernah disiarkan mStar, juga pada November 2023 selepas 'iklan' tersebut tular di media sosial.

Menerusi perkongsian pada waktu itu, dia meluahkan hasrat mencari isteri kedua buat suaminya kerana tidak mampu untuk memberi layanan batin.

WhatsApp Image 2024-02-25 at 2.30.52 PM

Kadang-kala kehadiran orang ketiga boleh meruntuhkan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Aku nak cari wife lagi satu untuk husband aku sebab aku tak larat nak layan dia. Dia cakap kerja dia stress, jadi sex drive dia tinggi nak mampus,

"Jadi aku nak cari la wife lagi seorang untuk dia sebab aku tak larat," ujar wanita itu.

Paling menjadi perhatian, wanita itu mendedahkan suaminya merupakan seorang jurutera dengan gaji RM18,000 sebulan.

Menurut wanita itu, dia juga mempunyai kerjaya dengan gaji bulanan RM6,000.

Dia turut berjanji untuk memberi elaun bulanan sebanyak RM3,000 kepada wanita yang sanggup menjadi isteri kedua suaminya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain