BUKAN mudah bergelar suami, banyak tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai ketua keluarga. Paling mencabar adalah menjaga hati dan perasaan insan tersayang. Sebagai suami, mereka bukan sahaja perlu memikirkan perasaan isteri, bahkan ahli keluarga sendiri terutama ibu bapanya. Maka tidak hairanlah antara mereka sedaya-upaya melakukan sesuatu dengan berhati-hati tanpa mahu menyinggung atau menyakitkan hati mana-mana pihak. Kehendak isteri menikmati makanan kegemaran dipenuh. -Gambar hiasan Namun bagi seorang wanita, dia mempersoalkan tindakan suaminya yang cuba menyembunyikan sesetengah perkara daripada pengetahuan ibu mentua. Alasan suaminya cukup mudah, dia enggan berkongsi sebahagian aktiviti bersamanya di laman sosial yang boleh menjadi pertikaian. “Apa korang rasa bila setiap kali suami belanja makan mahal-mahal dan sedap, tapi dia tak bagi post di laman sosial sebab takut mak mentua tengok?” soal seorang isteri. ARTIKEL BERKAITAN: Meluat mak mentua acah T20, tak tahu anak sendiri pun pinjam duit bini! Baru belanja 40K pergi umrah, minta nak pergi lagi ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin 14 tahun tak pernah ada privasi sebab mak mentua ‘kaki mengekor’, suami pula ambil ganja... Isteri hilang sabar! Menerusi satu luahan di laman X, dia mengakui suaminya bukan orang senang tetapi dia bersyukur kerana melayannya dengan baik. “Gaji dia tak besar sangat tapi dia masih layan cravings (mengidam) I. Tapi salah ke dia nak belanja duit dia kat I? Kenapa mak mentua nak terasa,” ujarnya lagi.ntuanya juga sering dilihat mahu mendapatkan lebih perhatian daripada anak lelakinya itu. Suami memantau akaun media sosial isteri. -Gambar hiasan Tidak cukup sekadar itu, luahnya lagi, ibu mentuanya juga sering dilihat mahu mendapatkan lebih perhatian daripada anak lelakinya itu. “Mak suami harap dapat jumpa anaknya setiap minggu. Kalau balik lewat sikit pun sama ada tengah hari atau petang, dia kena bebel dengan mak dia. Jadi isteri yang baik, memudahkan urusan dan hidup suami. NETIZEN “Mak dia akan akan tanya kenapa tak datang awal pagi?” katanya yang kurang senang dengan situasi yang berlaku antara suami dan ibu mentua. Wanita itu mungkin berharap luahannya mendapat simpati ramai, namun menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpihak padanya. Seorang wanita tertekan terpaksa mengikut permintaan suami. -Gambar hiasan Mereka berpendapat bahawa dia seharusnya bersyukur kerana dilayan dengan baik dan memintanya supaya menghormati pendirian suami yang mahu berlaku adil. “Cukuplah laki belanja kau seorang tahu. Niat nak post tu kenapa? Nak menunjuk ke? Sebenarnya tak mati pun tak post. Hormatilah suami tu. “Benda senang je laki kau minta. Itu pun susah ke? Kau simpan gambar tu sendiri untuk tatapan sendiri sudahlah. “Ikut je apa yang suami kau nak. Dia layan cravings kau, dia layan craving perhatian mak dia. Dua-dua puas, dua-dua dia sayang. Jangan sampai dia kena pilih kau atau mak dia. “Jadi isteri yang baik, memudahkan urusan dan hidup suami. Kena banyak bersyukur dalam hidup ini. Bab masalah hati mak mentua tu kenapa kau nak sibuk? Taat je dengan suami tu,” demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube