KESEDARAN tentang amalan gaya hidup sihat nampaknya semakin meningkat dalam masyarakat kita hari ini. Pada pagi hujung minggu, beberapa jalan di sekitar ibu kota yang ditutup kepada kepada kenderaan dipenuhi orang awam yang hadir untuk beriadah. Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan itu, seorang pemuda menyuarakan kebimbangan apabila dia melihat kebanyakan orang Islam yang beriadah tidak menjaga aurat masing-masing. Ramai rakyat Malaysia semakin menerima amalan gaya hidup sihat. -Gambar hiasan "Tuan-tuan, hari ni ramai orang nak sihat, tapi sebenarnya sihat tu datangnya dari Allah. Tak salah nak jaga kesihatan tapi hari ni ramai umat Islam ni majoritinya umat Islam datang sini semua tak jaga aurat. "Walaupun mereka bertudung, tapi apa pakaian mereka? Ketat-ketat. Allahuakhbar, Allahuakhbar," ujarnya sambil membuat rakaman video gelagat orang ramai. Dakwanya lagi, ramai pengunjung mengabaikan solat Subuh apabila mereka memulakan aktiviti sukan seawal pukul 5 pagi. Dan sebenarnya ramai yang tidak solat, masjid kosong, dan mereka dah start berlari 5 pagi lagi. PEMUDA TIKTOK "Dan sebenarnya ramai yang tidak solat, masjid kosong, dan mereka dah start berlari 5 pagi lagi. Allahuakhbar. Hari ni kita jauh pada Islam yang sebenar," ujarnya. Jelas pemuda itu lagi, dia tidak menyertai aktiviti sukan, sebaliknya membuat video kerana kebetulan lalu di kawasan berkenaan. Sehingga kini, video yang dikongsi pada Sabtu itu meraih lebih setengah juta tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen termasuklah yang bersetuju dengan tegurannya. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak selesa CCTV jiran jenis bergerak 360 darjah! Kena sentiasa tutup aurat, hilang privasi di rumah sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedih tengok kawan-kawan jadi pengantin, aurat ‘auto’ tak penting - “Bersanding je tudung mesti atas dada” "Benda betul teguran abang ni. Tapi ramai tak boleh terima. "Terbaik bang. Teruskan buat macam ni walaupun ramai yang kecam. "Sedih kan? Apa yang kita risau inilah hakikatnya, mereka tak rasa bersalah," tulis netizen. Aktiviti riadah baik untuk kesihatan mental dan fizikal. -Gambar hiasan Namun, ramai juga netizen yang turut menyuarakan rasa tidak bersetuju dengan pendekatan dakwah pemuda itu yang dianggap sekadar mahu mencari kesalahan orang sahaja. "Kalau datang cari salah orang, nampaklah salah. Kalau nak cari kebaikan, dapatlah baik. "Aku join juga masa ni. Aku solat je Subuh. "Yang tukang rakam kemudian sebarkan pula macam mana hukumnya? "Yelah bang, lepas ni kami lari pakai baju kurung tau," tulis beberapa netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube