suria

Isteri ‘over pemurah’, suka ajak keluarga besar makan di luar tapi suami bayar! Di rumah asyik tolak diajak ‘bersama’

Sesetengah keluarga gemar menjamu selera di luar sehingga membebankan ahli keluarga mereka. -Gambar hiasan

KITA sememangnya digalakkan untuk berkongsi rezeki dengan orang lain, lebih-lebih lagi dengan ahli keluarga atau saudara mara sendiri.

Sama ada kecil atau besar nilai rezeki yang dikongsi, semuanya bergantung kepada kemampuan diri.

Namun berlainan pula kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki mengenai sikap 'pemurah' isterinya.

Menurut lelaki berkenaan, isterinya gemar mengajak ahli keluarganya makan beramai-ramai di luar setiap kali mereka pulang ke kampung.

Apa yang menjadi masalah, dia terpaksa membayar semua makanan berharga mencecah ratusan ringgit setiap kali keluarga besar isteri makan di luar.

belanja 2

Ada isteri yang menggunakan alasan letih untuk mengelak daripada 'bersama' dengan suaminya. -Gambar hiasan

"Mula-mula aku tak kisah pun sebab belanja orang ni rezeki kita akan dimurahkan. Tapi lama-lama dah banyak kali aku terkena, aku jadi tak ikhlas.

"Sebab family dia ada 19 orang semuanya termasuk anak buah. Bayangkanlah kalau aku balik kampung, breakfast kedai luar aku kena bayar.

"Makan tengah hari, diaorang tak ada nak menyumbang ke apa. Diaorang tahu order nak gulai ayam kampung bagai. Baru-baru ni paling aku sakit hati, bini aku plan ramai-ramai makan tengah hari dekat Le Meridien.

"Aku dah cakap collect sorang sikit. Sampai hari kejadian, seorang pun tak menyumbang. Burn duit aku RM3,360. Alasan isteri, adik-beradik belum gaji lagi," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga buat isteri macam ‘bank’, adik ipar pula ‘kaki pau’! Suami B40 tak mampu halang, kerja siang malam - “Satu sen pun aku tak sentuh”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami buntu bini pemalas! Kerja rumah tak buat, cuma pandai shopping online - “Tak mandi seharian, di luar sangat bergaya”

Lelaki tersebut yang juga bapa kepada seorang anak berkata, dia bukanlah seorang yang berkira dengan mentua serta ipar duainya, namun hanya meluahkan rasa geram memandangkan sudah banyak kali 'terkena'.

Dia juga pernah menegur isterinya gara-gara sikap 'terlajak' pemurah itu, namun wanita tersebut akan melenting dan akhirnya hanya berakhir dengan pertengkaran.

Buatlah keputusan demi kebahagiaan diri sendiri. Tak perlu asyik nak bahagiakan orang yang tak nampak kewujudan kita.

NETIZEN

"Bil utiliti rumah, rumah, kereta aku dan kereta dia semua aku yang bayarkan. Semua cukup aku kasi. Duit gaji dia langsung tak sentuh.

"Kerja rumah aku yang buat dari mengemop, basuh baju dan keringkan baju. Tapi aku tak merungut sangat sebab itu memang kerja aku sebagai lelaki.

"Tapi bab tanggungjawab dia langsung tak buat. Bila aku nak, dia bagi alasan penat, tak larat dan minta buat pada hari lain.

"Sampai hari ni, dah empat bulan aku tak bersama. Ada je alasan dia. Tapi bila dia suruh aku belanja keluarga dia, apa alasan aku pun dia tak dengar," luahnya.

Perkongsian lelaki berkenaan menerusi laman Kisah Rumah Tangga di Facebook meraih sehingga 1,500 shares selain dibanjiri ribuan komen netizen.

komen belanja

Pelbagai reaksi daripada warga maya terhadap perkongsian kisah lelaki berkenaan.

Rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap lelaki berkenaan, dengan ada yang menyarankannya supaya melakukan solat istikharah untuk memohon petunjuk.

"Istikharah bang, minta tolong sang pencipta. Dia yang membolak balikkan hati manusia.

"Buatlah keputusan demi kebahagiaan diri sendiri. Tak perlu asyik nak bahagiakan orang yang tak nampak kewujudan kita.

"Kami sebagai kaum hawa sangat menyokong tuan tanah kahwin lain, cari yang lebih baik.

"Aku harap bini dia baca ni. Kalau tak insaf juga, aku setuju kau kahwin lain bang," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain