suria

Berjaya langsai hutang bank, pasangan rancang anak kedua! Gembira cuma seketika... Rumah tiba-tiba roboh, suami kena resign

Wanita hamil mempunyai cabaran yang tersendiri. -Gambar hiasan

KITA merancang, Allah yang menentukan dan Dialah sebaik-baik perancang.

Ungkapan tersebut sering diucapkan jika apa yang dirancang tidak menjadi atau hasilnya tidak seperti diimpikan.

Begitulah yang dialami wanita ini apabila hasrat untuk menimang cahaya mata kedua berdepan kesulitan yang tidak pernah dijangka.

Berkongsi cerita, dia yang enggan mendedahkan identiti berkata, rancangan tersebut telah disepakati dengan suami selepas anak pertama berusia lima tahun.

Pasangan berkahwin dianjurkan solat berjemaah. -Gambar hiasan The Star

Pasangan berkahwin dianjurkan solat berjemaah. -Gambar hiasan The Star

Malah katanya, seiring rancangan tersebut, segala hutang mereka juga berjaya dilunaskan pada November tahun lalu.

"Aku dan suami dah sepakat yang tahun ni nak tambah anak sebab anak pertama kami dah berusia lima tahun.

"November 2023 pun hutang kami dah lunas semuanya," ujarnya.

Tiada lagi hutang, dia dan suami berasa gembira dan berharap perjalanan untuk hamil dan seterusnya menimang cahaya mata kedua berjalan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan ‘i love you so much’ dibalas mesej mengejutkan! Isteri hilang suami selepas 7 bulan kahwin, hamil 7 minggu

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamak suruh gugur kandungan! Wanita ini dipandang hina gara-gara bunting pelamin... Ramai tuduh hamil anak luar nikah

Namun tanpa diduga, pada penghujung tahun 2023, pasangan ini diuji apabila rumah mereka roboh.

Lebih menyedihkan apabila insiden itu berlaku ketika wang simpanannya dan suami sudah tiada.

"Allah bagi kami ujian di akhir tahun... rumah kami roboh masa simpanan dah betul-betul kosong. Disebabkan itu, kami terpaksa buat pinjaman bank lagi," luahnya sayu.

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, ketika mereka bergelut untuk meneruskan kehidupan, suaminya pula perlu berhenti kerja kerana syarikat gulung tikar.

Semoga dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya dan dimudahkan segala urusan serta kesulitan.

WARGA MAYA

Malah katanya, pada masa itu jugalah dia disahkan hamil anak kedua.

"Paling buat saya sedih adalah suami kena berhenti kerja sebab bos gulung tikar... kemudian ibu tak bagi saya tambah anak sebab kami banyak hutang.

"Anak pertama pun katanya belum masuk sekolah rendah. Jadi saya tak tahu nak maklumkan dia macam mana," tambahnya.

Luahan yang dibuat menerusi laman Facebook mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Warga maya memberikan komen positif dan dorongan pada posting wanita terbabit.

Warga maya memberikan komen positif dan dorongan pada posting wanita terbabit.

Kebanyakan warga maya bersimpati dengan nasib wanita tersebut dan tampil meninggalkan kata-kata positif terhadapnya.

"Semoga Allah berikan yang lebih baik untuk puan dan suami... semoga kandungan puan sihat, yakin dengan rezeki Allah.

"Semoga Allah permudahkan segala urusan puan dan keluarga, semoga rezeki mencurah-curah sehingga puan bersalin.

"Semoga dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya dan dimudahkan segala urusan serta kesulitan," ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman dan memberi cadangan untuk dia mencari pendapatan sampingan.

"Saya mengandung anak kedua pun masa suami berada dalam keadaan titik rendah kehidupan. Alhamdulillah kami survive. Allah hantar dugaan, Allah pasti akan hantar pelangi... keep on moving.

"Sis Cuba mengasuh, sementara suami sis nak cari kerja lain.

"Situasi kita sama sis. Semoga dimurahkan rezeki kita bersama ya dear. Doakan diri kita sama-sama kuat hadapi cabaran dan dugaan dunia InsyaAllah," tambah beberapa pelayar lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain