LELAKI yang bertubuh sasa bukan sahaja menjadi perhatian kaum Hawa, malah turut diminati mereka yang bernafsu songsang. Di laman X, seorang wanita turut berkongsi cerita tentang suaminya yang sering menjadi sasaran golongan gay kerana aktif bermain gim dan memiliki tubuh yang sado. Menerusi pendedahannya baru-baru ini, wanita itu berkata dia jijik membaca mesej lelaki gay yang cuba menggoda suaminya. Kehadiran orang ketiga boleh meruntuhkan rumah tangga. -Gambar hiasan "Kalau lelaki pergi gim, mestilah banyak kenal lelaki kat gim. Follower dan following di Instagram pun kebanyakannya kawan-kawan gim. "Jadi hari tu, aku ada ternampak seorang kawan gim dia ni, reply Instagram Story suami aku. Suami aku post gambar aku dengan dia pergi jalan-jalan. "Kawan dia reply wah seronoknya, bila kita nak pergi jalan-jalan berdua? Husband aku seen je. Aku baca conversation tu dah rasa meremang," ujar wanita itu. Aku pernah cakap dekat suami aku, jangan pernah bernafsu dekat lelaki. ISTERI Menurut wanita itu, suaminya aktif bersenam di gim ketika bujang, namun meninggalkan aktiviti itu sejak berkahwin. Ekoran kerap menerima mesej-mesej berbaur godaan, pengadu berkata dia turut berpesan kepada suaminya agar tidak terjebak dengan perlakuan songsang. "Aku baca ni curi-curi tau. Kebetulan suami aku tak lock telefon dia. Kemudian pagi kelmarin kot, lelaki yang sama chat suami aku dekat Instagram, dia tulis morning sexy. ARTIKEL BERKAITAN: Video 25 saat tunjuk six pack bawa padah, pemuda jadi mangsa body shaming – “Perempuan Melayu tak suka orang lain tengok boyfriend mereka” ARTIKEL BERKAITAN: Cerita ustaz masuk gym buat kaum isteri bimbang, kaitkan naluri songsang... Ramai tak setuju ‘pukul rata’ lelaki jaga badan adalah gay! "Meremang aku baca. Tapi suami aku tak reply pun. Tak dinafikan badan suami aku sado juga. Walaupun sekarang dah gemuk sikit, tapi masih nampak sado dia tu. "Mungkin sebab tu ada yang nak mesej macam tu. Aku pernah cakap dekat suami aku, jangan pernah bernafsu dekat lelaki. Terus dia cakap dia tak adalah sampai macam tu," ceritanya lagi. Hantaran wanita itu menerima pelbagai reaksi netizen di laman X. Malah, ramai yang turut mengiyakan kisah wanita itu dan mendakwa segelintir lelaki sado turut terlibat dalam hubungan songsang. Lelaki juga tidak terlepas menjadi mangsa gangguan seksual. -Gambar hiasan "Sisi gelap geng sado dekat gim. Kau tak tahu ke? Kebanyakan sado ni geng kunyit. Aku cakap kebanyakan, bukan semua. "Laki bos aku berhenti sebab kena usha. Mandi pun dia tunggu. Tak pergi gim terus dah lepas tu. "Laki aku jenis tak main gim. Boleh la ada rupa, dada sado sikit. Dulu kerja mekanik, selalu kena usha dengan pondan. "Common sangat dekat gim. Aku pun pernah kena. Terutama ketika masuk sauna atau jakuzi," tulis netizen. Sebagai peringatan, perlakuan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) adalah dilarang dan semua umat Islam perlu menjauhinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube