BOLEH dikatakan ramai dalam kalangan kita sudah menggunakan penapis air di rumah mereka bagi memudahkan urusan harian. Namun, tidak bagi Selvakumar Arunasalam apabila dia lebih selesa menggunakan cerek elektrik untuk memasak air panas sebelum dijadikan minuman. Malah, dalam perkongsian di Facebook, lelaki ini berkongsi foto dua cereknya yang sudah 10 tahun 'berkhidmat' untuk dirinya dan seisi keluarga. "Dua cerek dalam 10 tahun. Daripada kahwin sampai anak dua, kita masih didih air untuk kegunaan harian. Menggunakan penapis air memudahkan dan menjimatkan masa. -Gambar hiasan "Walaupun awal-awal tu memang rasa nak pakai penapis air, saya tak teruskan sebab kena sediakan ruang untuk letak benda tu," jelasnya. Menurut Selvakumar, meletakkan alat penapis air di dapur hanya menyempitkan ruang memandangkan saiz dapurnya kecil. "Lepas tu kena buat saluran paip, walaupun benda tu semua diaorang yang buat. "Saya rasa macam merumitkan satu dapur, sudahlah ruang dapur pun kecil," katanya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Sejuk perut ibu mengandung! Anak pasang aircond di bilik mengaji mak, air panas dah tak perlu masak... jodoh tolak tepi dulu! ARTIKEL BERKAITAN: Anak buat kejutan bawa mak ke Pulau Tioman, hadiah rantai emas undang drama air mata – “Apa yang saya buat ni tak cukup” Bagi Selvakumar, dia tidak mengalami sebarang masalah sejak menggunakan cerek elektrik untuk mendidihkan air. Tambahnya lagi, dia juga dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan seperti mana yang berlaku kepada seorang pelanggan sebuah syarikat jenama penapis air terkenal. "Tapi memandangkan isu-isu dengan penapis air kebelakangan ni, saya rasa okay je saya didih air selama ni. "Didih air je mat, sejak turun-temurun kita sudah buat benda tu. Tak mungkin benda ni boleh jadi salah," jelasnya lagi. Saya masih didihkan air dan simpan dalam termos. Sekarang anak sudah empat orang. NETIZEN Hantaran tersebut meraih pelbagai pandangan dan pengalaman netizen yang dikongsikan di ruangan komen posting. Siapa sangka, ramai yang mempunyai pendapat sama dengan Selvakumar apabila mereka juga memilih menggunakan cerek elektrik untuk menjerang air. "Saya masih didihkan air dan simpan dalam termos. Sekarang anak sudah empat orang. Tapi saya pasang filter biasa dekat paip meter di luar rumah. "Saya masih pakai lagi cerek air yang tenggek atas dapur gas tu. Rumah memang tak pernah pakai penapis air pun sebab tak mampu," komen netizen. Komen netizen pada hantaran di Facebook. Terdahulu, seorang pengguna di TikTok meluahkan rasa tidak puas hati apabila syarikat penapis air jenama terkenal didakwa tidak berlaku jujur. Menurutnya, 'mangsa' ditawarkan untuk menaik taraf penapis udara sebelum ini namun pihak syarikat memberitahu bahawa dia sudah pun menandatangani kontrak baharu. Perkara itu nyata mengejutkan dirinya apabila ejen terbabit tidak pernah memberikan kontrak berkenaan serta memalsukan tanda tangannya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube