suria

Nasi lemak murah, cukup sifat jadi bualan! Pelanggan ‘tak puas hati’ tengok duit baki - “Aku culture shock datang Kedah”

(Kanan) Nasi lemak RM1.50 yang dibeli individu berkenaan, (kiri gambar hiasan) nasi lemak dialas dengan daun pisang untuk menghasilkan aroma harum.

DALAM keadaan ekonomi ketika ini yang menyaksikan peningkatan harga barangan, kebanyakan peniaga turut mengambil kesempatan untuk menaikkan harga jualan mereka.

Tindakan tersebut dibuat atas alasan mahu menampung kos modal yang dikeluarkan untuk membeli bahan mentah, kos upah dan sebagainya.

Justeru, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika makanan yang dijual di gerai pun mengalami kenaikan harga.

Namun satu video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @damianajunpakartilam menarik perhatian warga maya, gara-gara harga nasi lemak yang dibelinya di sebuah kedai makan di Kuala Kedah.

Mana tidaknya, sebungkus nasi lemak standard yang langsung 'tidak kedekut' dengan bahan-bahan asasnya hanya berharga RM1.50!

The popular Nasi Lemak dish.

Nasi lemak sememangnya hidangan sarapan yang popular di Malaysia. -Gambar hiasan/The Star

"Sumpah weh aku culture shock datang Kedah ni.

"Memang macam ni ke kat Kedah? Telur tu sebiji, bukan separuh," tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Menerusi perkongsian video berkenaan, kelihatan nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang itu lengkap dengan sambal, timun, ikan bilis, kacang tanah goreng dan paling mengejutkan, sebiji telur rebus.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tak terkejut lelaki beli nasi lemak tepi jalan RM40, cedok macam-macam lauk... Siap tolong buat kira-kira semula, harga logik!

ARTIKEL BERKAITAN: Telur rebus nasi lemak ‘auto’ hilang kalau order telur mata! Pelanggan bijak kongsi cara halang peniaga mengelat

Tambah individu tersebut, dia yang membayar dengan sekeping not RM5 terkejut apabila menerima wang baki RM3.50 daripada peniaga berkenaan sekali gus membuatkannya bertanya kembali harga nasi lemak untuk meminta kepastian.

Dedah individu itu lagi, dia makin terkejut apabila mendapati kebanyakan barang mentah dijual dengan harga yang murah di negeri jelapang padi itu.

Kalau dekat Kuala Lumpur atau Selangor, RM1.50 ni dapat ikan bilis dua ekor, telur dadar saiz simcard.

NETIZEN

"Ikan selayang RM4 satu kilogram. Masa dengar tu, terkejut beruk saya dengan suami.

"Makan roti canai telur dua, roti kosong dua, kopi panas, teh panas RM7.90 je," kongsinya lagi.

Perkongsian individu tersebut menjadi tular apabila meraih lebih 429,000 jumlah tontonan.

komen nasi lemak

Netizen turut berkongsi harga bagi sesetengah makanan di Kedah yang begitu murah.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut mengakui kebanyakan harga makanan di negeri berkenaan masih dijual dengan harga yang cukup murah.

"Dekat kampung saya ada lagi nasi ayam RM1.20. Nasi lemak RM1, teh ais RM1 masih boleh didapati di Kedah. Selamat datang ke Kedah.

"Kalau dekat Kuala Lumpur atau Selangor, RM1.50 ni dapat ikan bilis dua ekor, telur dadar saiz simcard.

"Aku orang Kedah duduk Selangor automatik rasa terpaling miskin tak ada duit beli barang," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain