suria

Individu persoal perumahan B40 tiada ‘sidewalk’, pokok teduhan... Netizen bimbang ‘tumbuh’ gerai pisang goreng, air viral di laluan pejalan kaki

Perbezaan kawasan kediaman B40 dan T20 menjadi persoalan warga maya.

KESELESAAN dan kemudahan infrastruktur merupakan kriteria utama yang ditetapkan pembeli rumah masa kini.

Malah ramai yang sanggup mengeluarkan 'duit poket' sendiri bagi memastikan kelestarian serta keharmonian di kawasan kediaman terpelihara.

Bagaimanapun situasi tersebut didakwa hanya dapat dilihat di sesetengah lokasi seperti kawasan perumahan elit.

Lokasi B40 sering dipenuhi dengan gerai-gerai kecil mahupun kenderaan.

Lokasi B40 sering dipenuhi dengan gerai-gerai kecil mahupun kenderaan.

Menyedari perkara tersebut, seorang pelayar X membuat hantaran di laman sosial bagi mendapatkan kepastian.

"Kenapa kawasan perumahan T20 ada ruang pejalan kaki properly paved, ada zebra crossing, pokok teduhan yang senang nak jalan kaki," soalnya.

Tanpa menyatakan lokasi secara spesifik, dia turut mempertikaikan kenapa 'keistimewaan' tersebut tidak dirasai di kawasan kediaman golongan B40.

ARTIKEL BERKAITAN: Flat ke teres ni? Lain macam selera B40, pasang awning terus dapat 2 parkir - “Beli kondo pun parking kereta jauh”

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga B40 naik lemak ‘bolot’ parkir atas alasan cari rezeki! Kalau tegur, silap hari bulan orang awam dimakinya

"Tapi kawasan perumahan B40 tak mesra pejalan kaki, mesti pakai kereta. Kos beli kereta dan kos memandu lagi mahal, kan?," ajunya lagi.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya sehingga ramai tampil memberikan pandangan masing-masing sehingga menimbulkan perdebatan.

Rata-ratanya menyatakan perkara tersebut tidak sesuai dilaksanakan di kawasan B40 kerana mendakwa ia akan disalahgunakan.

Sebab ruang pejalan kaki perumahan T20 is paid for by owner dalam kawasan tu sebagai cas penyelenggaraan.

WARGA MAYA

"Kalau buat dekat kawasan B40... jadi tempat berniaga, parkir motor rempit, tempat bercucuk tanam.

"Kalau perasan, mereka nak extend rumah sampai betul-betul tepi jalan. Kadang-kadang parkir pun dah makan rizab jalan... auto rizab pejalan kaki pun hilang.

"Kalau buat kat kawasan perumahan nanti, habis penuh dengan gerai pisang goreng cheese viral, air warna-warni padu. Kemudian apabila kena raid dengan pihak berkuasa, mulalah mereka terpaling tertindas.

Warga maya menjawab persoalan yang diajukan lelaki terbabit.

Warga maya menjawab persoalan yang diajukan lelaki terbabit.

"Mentaliti! Aku pernah duduk kondo 500k (RM500,000) berbanding flat kos rendah 60k (RM60,000). Flat ni, sampah sebakul mereka buang dalam lif... campak barang dari tingkat atas atau kencing di tangga," ujar beberapa warga maya.

Dalam pada ada itu juga dalam kalangan warga maya berpandangan kemudahan yang baik di kawasan kediaman T20 adalah hasil daripada bayaran penyelenggaraan yang dibayar penduduk setempat.

"Area perumahan T20 ni apabila ada masalah dengan pihak majlis contohnya sampah tak bersih atau jalan rosak, cepat je pihak tersebut bertindak. Impak daripada bayar cukai pintu on time.

"Sebab ruang pejalan kaki perumahan T20 is paid for by owner dalam kawasan tu sebagai cas penyelenggaraan. Perumahan B40 tak possible, mereka bukan nak bayar pun.

"Kebanyakan kawasan T20 tu memang pemaju nak provide landskap area gah-gah sebab tu jual mahal. Kalau kawasan B40, rumah murah dan pemaju pun nak sediakan seminimum mungkin seperti permintaan PBT (pihak berkuasa tempatan)," tambah segelintir netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain