suria

Anak jadi agresif sejak bercerai! Ibu fobia, dah tak mampu ‘handle’... Mahu minta bantuan JKM - “Dah sampai tahap bergelut, potong tangan”

Ketagihan gajet boleh menyebabkan remaja bertindak kasar dengan ibunya. -Gambar hiasan The Star

MASALAH rumah tangga yang dihadapi pasangan suami isteri turut memberi kesan terhadap anak-anak terutama mereka yang mengambil langkah penceraian.

Antara impak yang dirasai adalah kekurangan kasih sayang serta perhatian daripada kedua-dua orang tua sehingga ada yang bertindak liar dan sukar dikawal.

Begitulah yang dilalui seorang ibu tunggal ini apabila ketiga-tiga anaknya bukan sahaja tidak mendengar kata malah sering bertindak agresif sehingga membuatkan dia berasa fobia.

Pergaulan rakan sebaya antara punca golongan remaja memberontak di rumah. -Gambar hiasan The Star

Pergaulan rakan sebaya antara punca golongan remaja memberontak di rumah. -Gambar hiasan The Star

Berkongsi cerita, ujarnya, perubahan sikap anaknya ketara selepas dia bercerai pada 2018.

"Perbelanjaan kesemua anak diuruskan sendiri selepas bekas suami tidak lagi memberikan nafkah apabila telah berkahwin baru.

"Sejak itu, saya mengalami pelbagai masalah dengan ketiga-tiga anak dan mereka sudah berusia 21, 20 serta 13 tahun," ujarnya memulakan cerita.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecil bukan ‘lesen’ jadi biadab! Ibu mengamuk muka anak dipijak dalam kolam renang, bapanya seronok main phone

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami bukannya babysitter!” - Cikgu larang ibu hantar anak datang sekolah, tak sanggup layan murid hiperaktif

Menurutnya, anak pertama dan kedua telah membawa haluan sendiri manakala hanya anak ketiga sahaja yang masih tinggal bersamanya.

Bagaimanapun, sikap anak bongsu itu sukar dikawal kerana sering berkelakuan agresif dan mengganggu penduduk sekitar kawasan kediamannya.

"Si bongsu ni terlalu banyak masalah... suka keluar malam, buli anak jiran, ambil bahagian dalam bola sepak di sekolah tetapi tidak maklumkan pada saya sehingga berlaku salah faham dengan cikgu.

"Banyak hal lagi sejak dia di sekolah menengah sehingga saya sendiri berasa fobia," ujarnya sedih.

Minta ayahnya jaga pula atau dapatkan nasihat daripada pihak polis.

WARGA MAYA

Situasi yang dialami itu membuatkan dia ingin mendapatkan khidmat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya pengawasan tegas dapat dilakukan terhadap anaknya.

Tambahan pula anaknya sudah menunjukkan tanda-tanda mengalami gangguan dan masalah kesihatan mental kerana gemar mengelar tangan dan berkelakuan agresif.

"Dia dah sampai tahap bergelut, 'potong' tangan... dah dapatkan rawatan pakar yang mana pakar pun mulakan ubat sebab dia sangat impulsive.

Warga maya turut memberikan pandangan masing-masing

Warga maya turut memberikan pandangan masing-masing

"Pendek kata tak boleh dipercayai langsung. Dia juga boleh panjat keluar melalui tingkap untuk masuk ke bilik saya sebab nak dapatkan telefon untuk bermain permainan video," katanya yang turut mengenakan sekatan penggunaan gajet.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpanya dan pada masa sama berharap dia masih boleh mengawal tingkah laku anaknya berbanding menghantar ke JKM.

"Janganlah hantar ke JKM, mungkin punca jadi macam tu sebab penceraian... kalau hantar sana bimbang dia lagi marah dan memberontak.

"Doa ibu paling kuat buat masa sekarang. Anak-anak adalah amanah dan sesibuk mana pun kita, kasih sayang serta belaian perlu diberikan kepada anak.

"Minta ayahnya jaga pula atau dapatkan nasihat daripada pihak polis," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain