suria

Wanita merana kahwin ‘rider’ pemalas, tiada masa depan! Asyik tumpang senang isteri sambil berangan nak beli rumah

Suami dan isteri saling berperanan dalam mewujudkan kasih sayang. -Gambar hiasan

LELAKI yang baik akan menjalankan tanggungjawab menjadi pelindung kepada wanita dan pencari rezeki untuk keluarga selepas berumah tangga.

Namun tidak semua wanita bernasib baik apabila suami yang sepatutnya menjadi ketua keluarga gagal menjalankan fungsinya.

Menerusi luahan seorang wanita, dia cukup kecewa kerana suaminya malas bekerja dan enggan berusaha untuk keluarga.

Buntu dengan situasi itu, wanita berkenaan mendapatkan pandangan di media sosial tentang situasi yang dihadapi.

"Saya nak tanya, boleh ke buat surat perjanjian antara saya dan suami dengan peguam syarie. Sekiranya suami masih belum dapat kerja kontrak atau tetap dalam waktu tertentu, saya minta untuk berpisah?

Status pekerjaan pasangan merupakan antara isu perbalahan dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

"Saya dah penat, daripada sebelum kahwin lebih empat tahun dan sudah kahwin dua tahun saya bagi peluang untuk cari kerja tapi ada je alasan..

"Sekarang dia bergantung dengan pekerjaan p-Hailing. Motosikal atas nama saya dah rosak. Ansuran bulanan saya bayar, motor tersadai je. Lepas tu dia beli motor baharu atas nama dia guna slip buat p-Hailing, tapi deposit saya bayar," ujar wanita itu di grup Tanya Peguam.

Selain itu, wanita ini juga merasakan dia teraniaya apabila segala komitmen dalam rumah tangga menjadi tanggungjawabnya bersendirian.

Malah, segala bayaran ansuran bagi perkakasan elektrik di rumah juga perlu ditanggung memandangkan butiran pinjaman peralatan tersebut menggunakan namanya.

"Baiki kereta pun guna duit saya. Bil elektrik, alatan elektrik (buat pinjaman beli peti ais, mesin basuh dan macam-macam) atas nama saya, pun saya bayar. Alat penapis air atas nama saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak kerja, culas bayar nafkah tapi mampu pasang 6 skandal! Pecah tembelang lepas isteri periksa telefon masa tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Suami menangis tak larat tanggung keluarga, geram adik-beradik malas kerja... Isteri pasrah nafkah kerap tertunggak

"Apabila minta (duit) baru nak bagi. Kalau tak minta memang buat tak tahu je. Baju raya pun saya beli. Duit nafkah makan, kadang-kadang bagi makan malam je, makan tengah hari duit saya sendiri," adunya lagi.

Lebih mengecewakan apabila suaminya juga tidak berjaya menamatkan pengajian setelah diberikan peluang sebanyak dua kali.

"Saya dah penat. Itu belum saya minta dia sambung belajar degree, dua kali sangkut sebab yuran. Pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) sudah disenaraihitamkan.

"Sudahnya dia buat pinjaman pendidikan daripada bank, bapa dia sebagai penjamin tapi tak selesai juga sampai nama dia gugur taraf. Cakap cara baik dah buat, mengamuk pun dah," katanya.

Tak berbaloi buat surat perjanjian untuk pertahankan biawak hidup.

NETIZEN

Walaupun terpaksa berdepan sikap suami yang enggan mencari pekerjaan, wanita ini tetap menjaga aib suaminya.

"Saya penat... penat jaga nama baik dia depan ibu bapa dan saudara mara tapi sampai ke sudah, nak masuk umur 30 tahun kerja pun tak ada lagi.

"Tapi berangan nak beli rumah siap hubungi ejen hartanah. Tapi tak sedar diri. Saya tahu dia ada dalam grup ni, tolong lah you sedar diri. I dah penat," katanya.

Jika diteliti pada ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen memberikan cadangan tentang perkara yang boleh dilakukannya.

Komen netizen pada hantaran asal.

Rata-ratanya tidak menggalakkan wanita ini meneruskan niatnya untuk membuat surat perjanjian sebagai pengajaran kepada suami.

"Tak payah la buat surat perjanjian. Nanti bayaran yuran guaman awak juga kena bayar... kos bukannya murah.

"Tak berbaloi buat surat perjanjian untuk pertahankan biawak hidup. Kalau suami awak tu jutawan tak apa juga.

"Kalau suami tak bayar nafkah dan menganggur dengan sengaja, kumpulkan bukti. Mengadu dekat mahkamah. Biar ustaz-ustaz bertauliah kaunseling si suami. Kalau masih tak sedar diri juga, bagi hakim buat keputusan," kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain