SETIA sehingga hujung nyawa. Begitulah gambaran rasa kasih dan sayang seorang lelaki warga emas terhadap wanita yang pernah dikahwininya meskipun kedua-dua mereka sudah berpisah sejak tahun 2000. Menerusi hantaran di laman TikTok, lelaki terbabit dilihat setia menunggu proses pengurusan jenazah bekas isterinya di luar hospital kerana kedua-dua mereka sudah berlainan agama. "Ini bapa kami. Dia dah bercerai dengan mama sejak 2000... hari ini last day mama kami di dunia. Setiap kali mama saya sakit, bapa saya tidak akan pernah terlepas melawatnya. Fryscellea bersama ayah dan seluruh ahli keluarganya. "Sampailah hari ini (21 Disember 2023), bapa saya iringi dia daripada dimandikan, kafan sehinggalah ke liang lahad. Sejak saya usia 10 tahun sehingga sekarang 33 tahun, bapa saya setia hingga hujung nyawa walaupun sudah bercerai. "Bapa saya Kristian, mama saya muslim sebab lepas bercerai mama masuk Islam," ujarnya menerusi kapsyen pada video tersebut. Bukan itu sahaja, dia turut menyatakan bahawa bapanya sentiasa hadir pada majlis tahlil arwah ibunya. Menurut pemilik video Baby Chello, ibunya menghidap strok sejak dua tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Cinta nasi kandar! Pelanggan warga emas kekal romantis, dari dulu setia makan lauk sama... Total harga bawah RM10 ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini buktikan cinta sejati wujud... Setia bantu ‘baby boo’ kurangkan berat badan, tak suka orang tuduh suami montel pemalas Malah kata wanita ini, sikap ibunya juga berubah seperti kanak-kanak yang memerlukan perhatian daripada orang sekeliling. "Perangai jadi macam baby, saya masih ingat bapa kalau balik dari pekan... dia akan pergi tengok mama saya dan beri duit syiling. "Mama happy betul, senyum dan simpan syiling tu dalam gelas. Masa mama warded, bapa saya selalu ke hospital bawakan kakak saya makanan dan ayat pertama dia lepas dimaklumkan mama meninggal adalah... oh no!," luahnya lagi. Ayah awak orang baik, dalam hati dia mesti ada lagi kasih sayang terhadap bekas isteri. WARGA MAYA Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang dikenali sebagai Fryscellea Wellmin berkata, bapa dan ibunya berkahwin pada tahun 1976 namun mengambil keputusan untuk berpisah pada 2000 kerana sudah tidak sehaluan. Dia yang berasal dari Kota Belud, Sabah berkata, selepas bercerai bapanya tidak pernah mendirikan rumah tangga manakala ibunya telah berkahwin baru dan menganut agama Islam. "Beberapa tahun selepas itu, mama mula sakit dan bapa saya selalu melawat dia. Mama saya bercerai dengan suami barunya selepas setahun mendirikan rumah tangga. "Bapa seorang Kristian dan dalam agamanya perkahwinan adalah sekali seumur hidup," ujarnya sambil berkata bapanya kekal dengan agama tersebut meskipun kebanyakan ahli keluarga mereka memeluk Islam. Antara reaksi warga maya. Hantaran yang dibuat pada Disember tahun lepas kembali tular di laman sosial seiring trend masa kini apabila kebanyakan pengguna berkongsi kisah mahupun barangan yang mempunyai nilai sentimental. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji sikap yang ditonjolkan bapanya selain meluahkan rasa sedih atas kehilangan ibunya. "Ayah awak orang baik, dalam hati dia mesti ada lagi kasih sayang terhadap bekas isteri. "Mereka tiada jodoh, tapi mereka sahabat sejati... bff (best friend forever), apabila dah hilang lagilah terasa. "Lelaki ini biasanya selepas bercerai, dia tidak akan terfikir untuk kahwin lain... dia lebih bahagia dengan dunia dia sendiri, utamakan anak-anak. "Sebab hati dia baik, apabila hati baik... semua perkara yang dia buat pun baik, kamu sebagai anak pun tak rasa yang mereka berpisah," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube