suria

Kecoh potong barisan, berebut naik bas ke Singapura... Di Malaysia buat perangai monyet, masuk negara jiran ‘auto’ disiplin!

Seorang wanita berkongsi insiden orang ramai menunggu bas ke Singapura.

RUTIN harian rakyat Malaysia yang mencari rezeki di Singapura adalah bangun awal pagi untuk bersiap ke tempat kerja dan menghadap kesesakan lalu lintas di Tambak Johor untuk memasuki Republik itu.

Bagi yang menggunakan pengangkutan awam, mereka berdepan dengan pelbagai cabaran lain termasuk bersesak di dalam bas.

Walaupun keutamaan tempat duduk di dalam bas diberi kepada wanita mengandung, warga emas dan orang kurang upaya, namun ada penumpang yang mengambil kesempatan.

Rakyat Malaysia bekerja di Singapura kerana gaji yang lebih tinggi. -Gambar hiasan Bloomberg

Seorang rakyat Malaysia berkongsi pengalaman itu ketika beratur untuk menaiki bas ketika hendak memasuki Singapura, pada awal pagi.

"Pagi tadi ada drama dekat barisan beratur. Bas tak ada dekat lebih 20 minit dari pukul 5.25 pagi. Pukul 5.47 pagi baru bas muncul.

"Kelihatan agak ramai priority potong barisan. Okay tak apa, itu memang difahami. Tapi apabila saja bas pertama muncul, semua macam zombie nak naik bas.

"Ada yang sihat tubuh badan dan muda lagi, daripada beratur bas lain terus cilok masuk," katanya menerusi satu hantaran yang dikongsi di grup Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 20 tahun, rakyat Malaysia baru sedar penat kerja di Singapura! Bujang, simpanan RM1.2 juta tak tahu nak buat apa

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Selangor ‘terpaling Singapura’! Bangga tukar kerja gaji 3.5 kali ganda, puji melambung negara jiran

Menurut wanita itu, keadaan menjadi tidak terkawal apabila terdapat penumpang yang tidak berpuas hati apabila barisan beratur dipotong.

"Kedengaran suara-suara beberapa orang menjerit pasal potong barisan suruh beratur. Agak kecoh juga," ujarnya.

Orang ramai berkunjung ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI). -Gambar hiasan

Namun, apa yang menjadi persoalannya adakah terdapat golongan priority atau keutamaan lain selain OKU, wanita mengandung dan warga emas.

"Adakah kanak-kanak nak pergi sekolah pun sama? Sebab ada satu ayat yang dihamburkan oleh orang yang marah tu.

"Budak sekolah pun tak reti beratur, kata mereka sambil merenung tajam ke arah kumpulan itu. Situasi menjadi agak tegang. Saya pun jadi tertanya-tanya," tambahnya.

Dekat Singapura tahu ikut undang-undang... di Malaysia buat perangai monyet.

NETIZEN

Malah katanya, mereka yang memotong barisan disifatkan tidak bertimbang rasa sehingga menyusahkan orang lain.

"Kemudian, yang potong barisan ni jenis tak ada common sense kan? Orang lain beratur ada yang sampai baju basah-basah beratur dari belakang.

"Ada yang dah lambat, tapi mereka beratur. Bangun awal pagi pun beratur. Yang potong barisan ni, dah la jenis bangun lambat, lepas tu nak sampai tempat kerja on time.

"Perut mereka je nak isi, perut orang lain tak payah. Sikap potong barisan dah lama berlaku. Susah sangat ke beratur?" katanya dengan nada kecewa.

Kesesakan lalu lintas di Tambak Johor. -Gambar The Star

Di ruangan komen, biarpun terkejut dengan kekecohan itu, namun netizen berpandangan bahawa ia bukan pertama kali berlaku.

Mereka juga membuat perbandingan budaya beratur antara rakyat Malaysia dengan warga Singapura yang dikatakan lebih berdisiplin.

"Masing-masing apabila dah terdesak, keluar segala perangai rimba. Benda sepatutnya boleh selesai dengan mudah, ada pula orang yang pentingkan diri sendiri pergi potong barisan. Dah tahu lambat, nak juga bergasak tolak orang yang datang awal.

"Kadang-kadang sudahlah potong barisan, lepas tu dia heret tiga, empat kawan berdiri depan dia borak-borak macam tak ada rasa bersalah dengan 20 orang kat belakang tengah beratur.

"Dekat Singapura, tahu ikut undang-undang. Kat Malaysia buat perangai monyet tu.

"Kat Singapura, semua auto disiplin. Keluar je sempadan (Malaysia) terus jadi beruk," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain