KEBANYAKAN wanita moden bersikap terbuka tentang wang hantaran dan nafkah sehingga sanggup mengetepikan perkara tersebut demi dapat bersama pasangan tercinta. Perkara sama dilakukan wanita ini sehingga dia digelar 'pick me girl' dan menjadi buruan kaum lelaki. Bagaimanapun, selepas melayari bahtera rumah tangga selama tiga tahun, dia yang enggan dikenali mengakui rasa tertekan dengan sikap suami yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab. Masalah rumah tangga membuatkan golongan wanita memilih penceraian. -Gambar hiasan The Star Pernah menolak ideologi feminist, wanita ini tidak menyangka dia akan melakukan perkara sama pada masa ini. "Dulu aku sangat menolak ideologi feminist dan sekarang aku rasa aku faham kenapa mereka jadi macam tu... sebab aku dah mula jadi macam mereka. "Aku dah kahwin hampir tiga tahun, dulu aku selalu join suami aku attack perempuan dekat media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Demi cinta, wanita moden rela nikah tiada wang hantaran! Selepas kahwin nafkah pun tak diberi, akhirnya meratapi nasib di media sosial ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak kerja, culas bayar nafkah tapi mampu pasang 6 skandal! Pecah tembelang lepas isteri periksa telefon masa tidur "Bagi aku, jangan jadi perempuan yang meminta-minta sebab hantaran dan nafkah cumalah hal biasa," ujarnya di laman X. Menurut wanita ini lagi, sikap terbuka yang diamalkan itu akhirnya memakan diri apabila suaminya bukan sahaja melepaskan tanggungjawab bahkan bangga kerana hidup ditanggung. Ekoran daripada itu, dia mula melawan dan meminta-minta seperti para isteri yang dahagakan perhatian daripada suami. Aku menyesal dengan pilihan aku kerana tak angkat martabat diri sendiri sebagai wanita. WARGA MAYA "Suami aku lantang mengata perempuan dan bangga cakap dia ada isteri yang tak kisah pasal semua ni. "Tapi hakikatnya aku kisah, aku benci, aku rasa suami aku ambil kesempatan atas kebaikan aku dan mula rasa nak melawan," luahnya lagi. Bercerita lanjut, wanita ini berkata suaminya bukan sahaja jarang memberi nafkah malah setiap kali tibanya persiapan raya ditanggung olehnya sendiri. "Apabila aku tanya, dia ungkit tiga bulan lepas dah bagi RM250. Hal rumah? Semua aku fikir sendiri. Warga maya memberi tunjuk ajar kepada wanita ini jika dia ingin memohon fasakh. "Aku pernah tegur, sebab dia tak sama pun dengan apa dia post dekat TikTok atau sosial media... solat tinggal, tengok porno tapi suka bash orang lain. "Aku sampai doa agar Tuhan tunjuk aib dia pada orang... baru dia sedar dia tu manusia macam mana," tambahnya yang pernah mengalami keguguran dua kali pada tahun lepas. Sedih dengan situasi yang dialami, dia turut mengimbau pengalaman mencuci rahim seorang diri tanpa ditemani suami. Bukan itu sahaja, setiap bayaran yang dikenakan juga perlu dijelaskan sendiri sehingga akhirnya dia menitipkan doa supaya tidak diberikan zuriat. "Aku pergi cuci rahim semua sendiri, bayar sendiri. Aku memang doa Tuhan tak bagi anak pada aku sebab aku tak nak anak aku ada mak yang menyedihkan. "Aku menyesal dengan pilihan aku kerana tak angkat martabat diri sendiri sebagai wanita. Sekarang aku hidup dengan lelaki tak guna," luahnya yang turut mengimpikan penghargaan daripada insan bergelar suami. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube