BERDEPAN situasi terpaksa melupakan hasrat untuk berumah tangga gara-gara kesempitan hidup merupakan satu perkara yang perit. Lebih kecewa apabila usaha ke arah itu yang sudah bermula lebih awal perlu dihentikan serta-merta demi kelangsungan hidup hari ini. Menerusi luahan seorang wanita, dia terpaksa 'pecah tabung' simpan perkahwinan kerana wang berkenaan amat diperlukan untuk perbelanjaan harian. Masalah kewangan merupakan antara bebanan besar bagi seseorang. -Gambar hiasan "Saya ada buat tabung kahwin. Sudah lebih setahun tetapi terpaksa berhenti menyimpan sebab dah tak dapat teruskan. "Jumlah duit yang dibahagikan untuk tabung tu terpaksa digunakan untuk tampung perbelanjaan kecemasan dekat rumah. "Saya kecewa sebab tak dapat nak teruskan untuk persiapan kahwin," ujar wanita tanpa nama menerusi laman X, baru-baru ini. Bercerita lanjut mengenai situasi yang dihadapinya kini, wanita itu berkata keadaan ekonominya membuatkan dia terpaksa 'mencatu' kehendak agar tidak menyesal di kemudia hari. ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami beri peringatan! Wang hantaran kongsi bayar, selepas kahwin tiada nafkah duit... Mahu terus beri RM800 untuk mak ayah ARTIKEL BERKAITAN: Suami bahagia dapat kahwin cikgu, tiap-tiap bulan isteri ‘cover’ duit belanja... Paling untung disuruh tanggung keluarga bercuti! Tanpa segan silu dia mengakui melalui fasa yang paling menyedihkan dalam hidupnya apabila terpaksa membatalkan niat untuk membeli wafel kegemarannya. Pada ketika ini dia perlu mengutamakan antara keperluan dan kehendak walaupun harga bagi sekeping wafel di pusat beli belah boleh didapati sekitar RM5 hingga RM10. "Lebih kurang 5 minit saya ambil masa untuk fikirkan sama ada nak sangat ke makan wafel tu atau setakat nak kunyah-kunyah je. Ternyata saya sangat nak makan wafel tapi 5 minit berfikir menjadi 10, 10 minit menjadi 30. Tolong jangan berkira dengan diri sendiri. Kalau awak nak makan wafel tu rasanya tak sampai RM5 pun. NETIZEN "Akhirnya saya cuma duduk dalam kereta selama sejam. Pada masa tu saya baru sedar, menyedihkan betul hidup saya sekarang. Nak beli wafel pun tak mampu. "Kalau saya turun (pergi) beli juga, saya mungkin tak cukup duit untuk makan untuk hari-hari mendatang. Itu yang duduk dalam kereta sampai satu jam 'overthinking' pasal wafel. Saya sampai kasihan betul dengan diri sendiri. Jelasnya, situasi dirinya pada kali ini merupakan kehidupan paling sukar ditempuh apabila memikirkan kepayahan dialami. "Saya bersyukur ada kerja, dapat gaji boleh bayar apa yang patut tapi itulah... nak bertahan pada hari-hari mendatang sehingga hari gaji berikutnya tu yang 'sakit'. Sampai saya nak makan pun kena catu. Komen netizen pada posting berkenaan. "Saya pilih satu masa untuk saya makan cukup-cukup jadi saya tak fikir untuk makan lagi. Saya rasa fasa saya lalui sekarang adalah yang paling mencabar setakat ini," jelasnya. Hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang bersimpati dengan nasib dialami pengadu tersebut. Rata-ratanya mencadangkan supaya pengadu lebih mementingkan situasi dirinya terlebih dahulu. "Hi pengadu, tolong jangan berkira dengan diri sendiri. Kalau awak nak makan wafel tu rasanya tak sampai RM5 pun. Pergi je beli. "Yakin ada rezeki lain untuk awak. Yang risaunya duduk dalam kereta sejam tu lagi habis minyak kereta and buang masa," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube