ANAK perempuan sememangnya lebih rapat dan manja dengan bapa. Seperti satu video tular, seorang kanak-kanak perempuan yang kelihatan seperti merajuk dan bersedih sedang mengadu nasib kepada bapanya. Pada masa sama bapanya mendengar setiap butir bicara yang dituturkan dengan penuh perhatian. Malah kapsyen pada vídeo perkongsian Amal Hayati ini turut menyatakan kanak-kanak perempuan tersebut sedang merajuk dan berkecil hati. Amal Hayati bersama suami dan tiga anaknya. Namun dia tidak mengetahui puncanya meskipun telah bertanya beberapa kali. “Masa ni kakak merajuk, ada yang dia terasa... puas mama tanya tapi dia tak mahu cakap. Panggil abah baru nak cerita,” ujarnya. Amal Hayati yang juga ibu kepada kanak-kanak berkenaan berkata, anak sulungnya itu terasa hati kerana tidak dibelikan barang yang sama seperti adiknya. Menurut wanita berusia 40 tahun ini lagi, dia pada awalnya cuba bertanya tentang ‘masalah’ yang dihadapi selepas melihat anaknya, Nur Amal Batrisya berwajah muram. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Drama’ depan restoran! Gelagat budak kecil merajuk jadi perhatian, bukan senang nak pujuk... tiba-tiba ramai anak nombor 2 muncul ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka sirap percuma mampu bahagiakan ramai orang! Anak sendiri sampai merajuk tak sempat rasa Namun kanak-kanak berusia 11 tahun itu enggan berkongsikan isi hati dengannya. “Dia ada terasa hati sikit, merajuk... saya sebagai ibu cuba bertanya tapi dia tak mahu cerita. Jadi saya panggil ayahnya untuk settle, barulah dia nak berkongsi masalah,” ujarnya. Menurut wanita ini, klip video berkenaan dibuat semasa berada di rumah keluarganya kerana menghadiri majlis tahlil dan sambutan hari lahir anak saudara. “Masa ni adik saya ada buat majlis tahlil dan sambutan hari lahir anaknya, kebetulan tarikh sama dengan anak kedua saya... jadi tumpang celebrate birthday sama-sama. Sambutan hari lahir anak kedua Amal Hayati. “Macam biasa saya belikan semua (anak-anak) dapat... baju saya belikan sama, gelang rantai hiasan sama. Tapi hiasan rambut macam klip rambut dan headband tu saya belikan untuk adiknya saja sebab adik dia tak pakai tudung. “Mungkin masa tu dia malu nak cerita pada saya, jadi saya suruh abah dia yang tanyakan. Tapi lepas (dijelaskan) dia faham dan kembali okay,” tambahnya sambil mengakui kesilapan yang dilakukan. Menurut wanita berasal dari Gemas, Negeri Sembilan ini lagi, kesemua anaknya rapat dengan bapa mereka sejak kecil lagi. Untung kau dik, aku anak sulung semua benda pendam sendiri... orang tua tak ambil kisah. WARGA MAYA Malah suaminya juga gemar memanjakan anak-anak dan tidak akan membiarkan mereka merajuk untuk tempoh yang lama. “Mereka rapat juga dengan saya, cuma masa tu saya tak reti dah nak pujuk macam mana,” ujarnya yang menjalankan bisnes online. Vídeo perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya sehingga ditonton lebih 1 juta pelayar TikTok. Rata-rata warga maya terhibur dengan sikap anak sulung Amal Hayati. Rata-ratanya menyifatkan anak sulung Amal Hayati seorang yang bertuah kerana mempunyai bapa yang pandai memujuk dan penyayang. Tidak kurang juga yang berkongsikan pengalaman masing-masing kerana hidup tanpa kehadiran figura seorang bapa. “Anak perempuan biar lebih rapat dgn ayah supaya dia tak perlu lelaki lain untuk dengar luahan dia. “Untung kau dik, aku anak sulung semua benda pendam sendiri... orang tua tak ambil kisah, semua benda pendam lama-lama memberontak. “Zaman pendam dah lepas, menangis dekat tepi sungai sendirian. Sekarang aku tak akan biar anak aku rasa macam yang aku rasa,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube