LAZIMNYA kita dipaparkan dengan kisah penceraian pasangan yang berpunca daripada isu kewangan, campur tangan keluarga dan kehadiran orang ketiga. Namun berlainan pula dengan kisah dikongsikan wanita ini, yang mendakwa bakal diceraikan kerana suaminya terlalu mementingkan rakan. Menurut pengadu yang tidak mendedahkan identiti diri itu, semuanya bermula dengan teguran yang disuarakan kepada suaminya, gara-gara sudah tidak tahan apabila rakan kepada lelaki itu kerap melepak di rumah mereka. "Saya dah nekad bersuara isu suami saya yang suka ajak kawan datang rumah. Lepak dari pagi sampai malam. Saya memang dah tak tahan, dengan pregnant 12 minggu. Perselisihan faham antara pasangan suami isteri sewajarnya ditangani dengan baik. -Gambar hiasan "Dengan morning sickness lagi kena hadap. Saya betul-betul dah tak mampu nak hadap. Hari-hari saya stres," luahnya. Tambah wanita tersebut, apa yang membuatkan dia bengang ialah bukan hanya seorang dua yang 'menempel' sebaliknya sehingga 10 orang rakan suaminya melepak hampir setiap hari di rumah mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Suami tiada nafsu dengan isteri, suka tidurkan anak perempuan umur 9 tahun... Netizen pelik, anggap tak normal ARTIKEL BERKAITAN: Suami berkeras nak jaga ibu uzur, isteri sarat hamil mula rasa terbeban... Tak mampu jaga 5 anak, urus mentua buat dialisis "Saya dah sabar sejak sebelum pregnant lagi, sampailah sekarang. Rasa dah cukup lama saya sabar dengan rutin mereka ni. Saya dah cukup fed-up. "Suami sampai nak failkan cerai sebab tak tahan saya membebel. Hanya sebab saya larang dia ajak kawan dia melepak rumah je. Saya terus setuju suami ajak bercerai. "Rasa macam bodoh je dia lebihkan kawan dia. Tapi masalah saya sekarang, saya pregnant. Saya risau pasal kewangan. Better hidup sendiri daripada ada husband yang pentingkan orang lain daripada isteri sendiri. NETIZEN "Saya masih bekerja tapi lagi beberapa bulan nanti nak berhenti dah. Saya sekarang runsing fikir pasal keperluan anak je. Bab cerai tu saya memang tak tolak dah," demikian luahnya. Luahan yang dikongsikan wanita berkenaan menerusi satu grup di Facebook mengundang simpati ramai yang rata-ratanya tampil memberikan kata-kata semangat buatnya. Antara komen daripada netizen. "Balik rumah family sis. Cari kerja berdekatan sana. Apa-apa family boleh tengokkan awak. Bahaya tu lelaki ramai-ramai dalam rumah. Awak pregnant lagi. Jaga diri. Moga dipermudahkan urusan. "Sis, better hidup sendiri daripada ada husband yang pentingkan orang lain daripada isteri sendiri. Kalau dia berterusan begitu, sis balik je rumah family. "Dia tak matang kot sis, pilih nak seronok dengan kawan daripada isteri sendiri yang tengah pregnant. Memang eloklah cerai. Dia langsung tak fikir emosi isteri," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube