TIDAK dinafikan, sesetengah individu lebih cenderung menilai seseorang berdasarkan fizikal, penampilan luaran atau pekerjaannya. Ada yang menganggap, individu yang memiliki pekerjaan bagus ataupun berkhidmat dalam bidang profesional semestinya berpendapatan tinggi dan mempunyai kelas tersendiri. Stigma sebegini masih menebal dalam masyarakat kita, dan buktinya, wujud elemen pilih kasih bukan hanya dalam organisasi sosial tetapi dalam kalangan keluarga sendiri sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh individu ini. Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti diri itu, dia makan hati dengan sikap ibu bapa sendiri yang sering memperlekeh pekerjaannya hanya kerana tidak bergelar doktor seperti adik-beradiknya yang lain. "Aku selalu rasa diri aku tak berguna. Sebab mak ayah tak pernah bangga dengan aku. Aku ada lima beradik, aku seorang je bukan doktor, lagi empat tu doktor. Ramai individu yang sanggup menetap bersama ibu bapa untuk menjaga mereka ketika sakit.-Gambar hiasan "Mak selalu layan acuh tak acuh je kalau aku balik kampung. Bila duduk semeja, diaorang semua borak pasal medik. Aku tak boleh nak join sebab tak reti istilah-istilah medik tu semua. Rasa macam terabai. "Bila pergi kenduri atau hari raya, orang tanya aku kerja apa dan di mana, mak aku macam malu dan jawab 'dia seorang je kerja biasa-biasa'. "Hina sangat ke aku kerja sebagai software developer ni?" luahnya. Berkecimpung dalam sektor perbankan, individu itu berkata, ibunya sering menganggap kerjaya di dalam bidang tersebut tiada jaminan masa depan. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pelik kerja bidang retail dianggap picisan, dedah hidupnya berduit dan selesa... seorang aunty terdiam dapat tahu gajinya! ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja tukang cuci tebal muka disergah staf syarikat... Insiden mop lantai masih segar - “Saya mampu senyum je” "Padahal bila aku kerja macam ni, banyak WFH (bekerja dari rumah), boleh jaga dia, temankan dia, bawa dia pergi check up dekat hospital, tapi dia tak pernah hargai. "Kalau hari raya lagi sedih. Dia layan adik-beradik dan anak buah aku macam raja. Diaorang disuruh makan dulu, aku kena settle basuh pinggan baru makan," luahnya lagi. Disebabkan layanan pilih kasih tersebut, individu berkenaan berkata dia pernah terfikir untuk membawa diri jauh dari keluarga untuk mengubati hati yang terluka. Dalam family pun kita boleh burn out. Pergilah bawa diri. Kadang kala pemergian kita bagi kesedaran kepada seseorang. NETIZEN "Salah ke kalau aku nak leave group WhatsApp adik-beradik yang selalu sindir dan perlekeh kerja aku? Salah ke kalau aku nak bawa diri jauh dari mak ayah aku sekejap? "Aku betul-betul dah tak tahan," demikian luahnya dalam perkongsian yang disiarkan di laman X. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib individu berkenaan, malah ada yang turut berkongsi kisah masing-masing yang hampir serupa. Malah mereka kagum dengan kesabaran individu tersebut dan memujinya kerana langsung tidak meninggi diri sedangkan tetap bergaji besar. Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. "Software developer? Mak bapa dia tahu tak gaji software developer sekarang lagi mahal dari doktor-doktor dekat Malaysia ni. "Pergilah bawa diri buat seketika. Kadang pemergian kita yang seketika buat mereka terasa. "Dalam family pun kita boleh burn out. Pergilah bawa diri. Kadang kala pemergian kita bagi kesedaran kepada seseorang," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube