suria

Hantar mesej order makanan tengah malam, tak sangka pula peniaga jenis baran... Pelanggan akur kena hamun!

Pelanggan terkilan membaca respons peniaga nasi lemak ketika membuat tempahan. -Gambar hiasan

SEORANG pelanggan meluahkan rasa terkilan apabila menerima jawapan 'kasar' daripada peniaga nasi lemak sewaktu dia membuat tempahan.

Dalam perkongsian tangkap layar perbualan di antara mereka berdua, dapat dilihat dia menghantar mesej kepada peniaga tersebut menerusi aplikasi WhatsApp pada pukul 1.02 pagi.

Dia bertanya sama ada peniaga berkenaan berniaga atau tidak pada keesokan hari kerana mahu membuat tempahan awal kuih dan nasi lemak bungkus dalam kuantiti yang agak banyak.

"Assalamualaikum, buka tak (kedai) esok pagi? Dalam pukul 7 pagi.

Pesanan makanan menjadi lebih mudah jika boleh dibuat menerusi aplikasi WhatsApp. -Gambar hiasan

"Kalau buka saya nak order nasi lemak RM1 sambal asing RM20.

"Kuih bakar ubi nak dua," tulis individu berkenaan ketika membuat tempahan.

Selang beberapa minit selepas mesej dihantar, peniaga memberikan respons terhadap pertanyaan pelanggan itu.

Namun, jawapan yang diberikan nyata menunjukkan diri peniaga sebagai seorang yang baran apabila dia nampak kurang senang dihubungi pelanggan pada lewat malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga makanan tiba-tiba viral, kedai jadi tumpuan pelanggan... Ada yang sanggup datang berulang kali

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga ‘nasi bajet’ asyik tukar kereta baharu, siap beli Tesla! Jiran depan rumah buat siasatan, akhirnya jumpa jawapan

"Waalaikumsalam. Tak faham ke nak tidur? Esok pagi kan boleh WhatsApp," peniaga itu membalas mesej pelanggan,

Menurut pelanggan itu lagi, dia menghantar mesej tersebut lebih awal kerana bimbang terlupa untuk membuat tempahan.

Mungkin terasa hati dilayan sebegitu, pelanggan berkenaan terus membatalkan tempahan yang telah dibuatnya sebelum ini.

"Saya cuma mesej nak order. Kalau tak jawab malam ni esok pun boleh. Sebelum lupa tu yang saya WhatsApp malam.

Tak faham ke nak tidur? Esok pagi kan boleh WhatsApp.

PENIAGA NASI LEMAK

"Tak apa la kalau macam tu. Saya tak jadi (beli) ye. Maaf," jelasnya membalas mesej tersebut.

Tangkap layar perbualan tersebut meraih perhatian netizen setelah dikongsikan semula di Facebook.

Kebanyakan mereka memahami tindakannya menghantar mesej membuat tempahan lebih awal bertujuan memudahkan urusan kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berbeza pendapat apabila mereka faham mengapa peniaga naik angin.

Tangkap layar komen netizen pada hantaran dibuat.

"Kenapa WhatsApp masa tu. Orang tu tengah sedap mengholoh (tidur). Bangun terkejut baca mesej.

"WhatsApp pagi-pagi pun belum tentu dia baca kalau dah pagi tu sibuk nak bungkus nasi bagai. Balas okay je pun boleh kan. Orang tak datang kedai nanti mulalah salahkan sihir.

"Pukul 1 pagi? Kalau saya pun nak marah tapi dalam hati saja la. Saya nak tidur tak nak fikir kerja. Kalau mesej-mesej atau telefon lewat malam ni kes kecemasan, orang meninggal atau kemalangan. Yang mesej atau telefon masa bercinta tu sampai pagi pun tak tidur," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain