suria

Wanita selalu bertekak dengan mak, habiskan duit pencen sara 3 anak arwah kakak... Geram makanan di rumah cepat habis

Seorang wanita kesal wang pencen ibunya digunakan untuk anak-anak saudara. -Gambar hiasan

RASA sayang seorang datuk atau nenek terhadap cucu mereka merupakan satu perkara biasa dalam kitaran kehidupan.

Namun bagi situasi dialami keluarga ini, perasaan kasih dan sayang itu bertambah apabila si cucu menjadi anak yatim pada usia muda selepas kematian ibu.

Sejak daripada itu, anak-anak arwah tinggal dan dibesarkan nenek mereka.

Namun situasi itu nampaknya tidak disenangi ibu saudara mereka yang tinggal bersama kerana abang iparnya yang juga bapa kepada anak-anak itu bersikap lepas tangan.

Seorang lelaki membuat hal sendiri. -Gambar hiasan

“Arwah akak aku meninggal dunia dah enam tahun. Tinggalkan anak tiga orang, daripada anak-anak dia kecil sampai la yang sulung sekarang darjah enam.

“Semua perbelanjaan mereka, mak aku yang tanggung. Abang ipar letak anak-anak dia semua kat rumah aku,” luahnya menerusi satu hantaran yang dikongsi di grup Facebook.

Dia bagaimanapun berkata, sikap lepas tangan abangnya yang tidak mahu bertanggungjawab sering kali menjadi topik perbalahan dengan ibunya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang ipar jenis tebal muka, bawa anak isteri pindah rumah adik... Rupanya mentua punya angkara, pandai-pandai pelawa!

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku nampak dia tengah panjat” - Gadis menggigil, abang ipar intai tengah mandi pukul 11 malam!

Menurutnya, sikap abang ipar yang tidak prihatin dalam soal perbelanjaan anak-anak secara tidak langsung menjejaskan kehidupan sehariannya.

“Bayangkan hari-hari sekolah duit mak aku yang bagi, siap bawa bekal lagi. Selepas balik sekolah, mereka makan.

“Aku ni sampai tak makan sebab lauk dah tak ada. Aku ni kerja, balik rumah jadi stres. Dia ingat mak aku ada pencen, nak tanggung anak-anak dia ke?” ujarnya.

Selain urusan di rumah, wanita ini memikul tanggungjawab di pejabat. -Gambar hiasan

Luah wanita itu lagi, apa yang lebih menyedihkan apabila ibunya sering mempertahankan abang iparnya setiap kali isu berkenaan dibangkitkan.

“Apabila marah, mak aku boleh back up jantan tu. Aku pun tak fahamlah. Rasa nak duduk tempat lain.

Kasihannya budak-budak tu. Sudahlah mak dah meninggal, ayah lepas tangan, dapat pula mak saudara berfikiran macam ni.

NETIZEN

“Abang ipar langsung lepas tangan. Pening aku hari-hari macam ni,” katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen nampaknya lebih bersimpati dengan nasib yang menimpa anak-anak arwah kakaknya berbanding pengadu.

Ibu mempertahankan abang ipar berbanding dirinya sendiri. -Gambar hiasan

Bagi mereka, ibunya terpaksa berdiam diri dengan sikap lepas tangan menantu kerana tidak mahu kehilangan cucu-cucunya.

“Kasihannya budak-budak tu. Sudahlah mak dah meninggal, ayah lepas tangan, dapat pula mak saudara berfikiran macam ni. Jangan fikir keadaan kita je, cuba fikir jika kita dalam keadaan budak-budak tu macam mana? Yang tak tahu apa-apa membesar tanpa ibu bapa.

“Mak tu back up abang ipar sebab dia sayang cucu, takut hilang cucu. Tambahan lagi mak tu dah bela bertahun-tahun. Sayangnya mestilah lebih sebab itulah penawar rindu pada anak yang telah tiada.

“Budak-budak tu tak salah. Janganlah dimarah mak kamu dan dibenci budak-budak tu. Hidup ni janganlah terlalu bersifat pentingkan diri.

“Kasihan kau, hajat hati nak meluahkan tapi dapat kecaman pula. Selain bapa dan anak-anak buah serta mak awak, awak sebenarnya diuji oleh Allah. Hadapi ujian ini dengan reda. Sekarangnya awak masih ada mak, tapi anak-anak buah tu? Jaga anak-anak saudara tu, pahala besar,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain