suria

Nikah kaki judi demi cinta! Anak saksi ibu sara hidup bapa sampai mati... Tak pernah merasa duit gaji, wang pencen lesap

Individu yang gemar berjudi sukar meninggalkan tabiat buruk tersebut. -Gambar hiasan

MEMILIH pasangan yang baik adalah sangat penting bagi memastikan keluarga yang dibina kekal harmoni dan bahagia selamanya.

Bagaimanapun tidak dinafikan ada individu yang sanggup menerima pasangan apa adanya atas alasan cinta dan sayang.

Begitu juga dengan wanita ini yang meneruskan pernikahan walaupun mengetahui kekasih hatinya adalah seorang kaki judi.

Kisah dirinya diceritakan semula oleh anaknya sebagai peringatan kepada masyarkat tentang kepentingan memilih pasangan yang baik.

Ramai yang gemar bermain judi atas talian pada masa ini. -Gambar hiasan

Ramai yang gemar bermain judi dalam talian pada masa ini. -Gambar hiasan

Mengimbau kembali kisah yang berlaku dalam keluarganya, gadis itu berkata bapanya terbabit dengan aktiviti judi sejak zaman bujang.

"Tabiat dia tu sejak bujang, sebelum dia berkahwin dengan mak. Aku dan adik-beradik memang membesar dalam keadaan susah sebab perangai ayah.

"Bayangkan mak kena buat kerja sambilan semata-mata untuk sara hidup kami sekeluarga. Nak dapat satu sen daripada gaji ayah memang payahlah," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri buntu dapat suami kaki judi, cepat naik tangan kalau ditegur... Kini berselingkuh pula dengan janda!

ARTIKEL BERKAITAN: Dikesan buat transaksi aneh, encik tunang rupanya kaki judi! Wanita buntu majlis kahwin makin dekat - “Dia kesayangan keluarga saya”

Bukan sahaja tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan suami, malah katanya, tabiat buruk itu berlarutan sehinggalah dia bersara.

Malah katanya, duit pampasan persaraan yang diperoleh juga telah dilaburkan semuanya di meja judi dan habis dalam tempoh beberapa hari sahaja.

"Dia berhenti sebab dah strok... kemudian meninggal dunia.

"Semasa usia aku 11 tahun lagi aku dah kena hadap ah long dan chetti yang datang tuntut duit kat rumah. Terpaksa deal dengan lelaki-lelaki agresif tu depan pintu rumah, memang takut," imbasnya lagi.

Kalau dari awal tahu pasangan ada masalah, lebih baik undur diri je... mungkin semua ada buat salah tapi judi ni memang sukar untuk berubah.

WARGA MAYA

Menurutnya lagi, dia sekeluarga pernah kelaparan kerana tidak mempunyai makanan yang cukup disebabkan tindakan bapanya itu.

Bimbang apa yang dilalui berulang kepada orang lain, gadis ini meminta supaya setiap wanita memilih pasangan yang terbaik sebelum mendirikan rumah tangga.

"Anak-anak tak boleh pilih siapa mak ayah mereka tapi kita boleh pilih siapa pasangan kita.

"Siapa yang kita pIlih ni akan tentukan siapa ibu atau ayah kepada anak-anak kita... jadi buat la pertimbangan sebaiknya.

Warga maya meluahkan rasa simpati terhadapnya

Warga maya meluahkan rasa simpati terhadapnya

"Keputusan itu bukan sahaja bagi impak pada diri sendiri, malah orang lain juga di masa hadapan," tambahnya.

Luahan tersebut dibuat selepas seorang wanita berkongsi tentang pasangannya yang merupakan seorang kaki judi.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan rata-ratanya berharap lebih ramai peka dengan aspek sosial pasangan masing-masing.

"Kalau dari awal tahu pasangan ada masalah, lebih baik undur diri je... mungkin semua ada buat salah tapi judi ni memang sukar untuk berubah.

"Awak sangat kuat dan akan berterusan menjadi seorang yang kuat. Tak perlu malu dengan kehidupan dulu, hanya perlu bantu orang lain daripada mengalami nasib yang sama.

"Semoga awak dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain