HIDUP sebagai ibu tunggal bukanlah semudah yang disangka justeru tidak hairanlah ramai meluahkan keinginan mendirikan rumah tangga sekali lagi. Perkara sama dilakukan wanita ini meskipun sudah mempunyai dua cahaya mata dengan yang bongsu baru mencecah usia 11 bulan. Bagaimanapun kebahagiaan yang diimpikan langsung tidak dinikmati meskipun usia perkahwinan masih baru. Penceraian adalah jalan penyelesaian bagi pasangan yang sudah berkahwin. -Gambar hiasan Berkongsi kisah di laman Facebook, wanita yang tidak mendedahkan identiti ini berkata, dia telah berkahwin dengan lelaki yang berusia 10 tahun lebih muda daripadanya. "Saya merupakan janda anak dua, yang sulung berumur tujuh tahun manakala bongsu baru 11 bulan. "Saya berkahwin dengan lelaki bujang yang muda 10 tahun daripada saya... sejak mula kenal, suami memang kurang gemar dengan anak saya tapi masa tu dia janji akan terima dan minta waktu," katanya memulakan bicara. ARTIKEL BERKAITAN: Suami berani naik tangan pukul isteri, depan mak ayah uzur pun pernah! Wanita akhirnya fail cerai tunjuk bukti badan lebam-lebam ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dipukul, kaki dipijak! Suami berubah ganas selepas kantoi curang, senyap-senyap ‘check-in’ hotel dengan wanita lain Setelah mendirikan rumah tangga, wanita ini beranggapan kedua-dua anaknya akan disayangi oleh suami apabila mereka hidup bersama. Bagaimanapun, sangkaannya meleset apabila kedua-dua anaknya menjadi mangsa pukul suami. "Suami mula berani naik tangan pada anak-anak saya... bukan yang tujuh tahun tu je, yang bongsu pun suami pukul sesuka hati. Amboi nak bagi mak pula... kalau saya biar menjanda lima kali, asalkan anak-anak saya terjaga kebajikannya. WARGA MAYA "Apabila anak bising semasa suami tidur, terus dia mengamuk marah dan sepak anak saya... sampai lebam-lebam dikerjakan," ujarnya yang sedih melihat nasib kedua-dua anaknya itu. Menurut wanita ini lagi, sikap suaminya mula berubah dan semakin bengis apabila dia disahkan hamil. Bimbang situasi lebih buruk berlaku, dia berhasrat menghantar kedua-dua cahaya mata itu ke rumah ibunya. Warga maya meluahkan reaksi kurang senang dan marah terhadapnya. Namun kata wanita ini, ibunya juga seolah-olah tidak sudi menerima sehingga membuatkan dirinya buntu. Luahan itu mendapat perhatian warga maya dengan ramai menzahirkan rasa kurang senang dengan tindakannya. Tidak kurang juga yang menyifatkan dia sebagai tidak bertanggungjawab serta kurang sabar kerana usia anak bongsu yang belum mencecah setahun ingin diserahkan kepada ibu. "Awal betul kahwin, anak baru 11 bulan... kesian anak-anak ada mak macam kau, terlampau pilih lelaki daripada anak. Kemudian terfikir nak suruh mak yang jaga. "Amboi nak bagi mak pula... kalau saya biar menjanda lima kali, asalkan anak-anak saya terjaga kebajikannya. "Berat nak fikir, sanggup bagi mak jaga anak semata-mata nak elak kena belasah dengan suami, baik kau pulangkan laki tu pada mak dia. "Anak baru 11 bulan dah gatal berlaki... sekarang dia pukul anak-anak kau, tak lama lagi kau pula kena pukul," demikian reaksi beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube