SETIAP pasangan suami isteri pastinya mengimpikan rumah tangga yang bahagia dan saling sayang menyayangi. Bagi golongan isteri, mendapat suami yang bersikap panas baran dan pemalas merupakan satu mimpi buruk buat mereka. Buat golongan suami pula, tanggungjawab mereka bukan sekadar memberi nafkah, malah perlu membuat kerja rumah selain memastikan isteri sentiasa gembira dan kebajikannya terjaga. Menerusi grup Facebook Kisah Rumah Tangga, seorang isteri kelihatan sudah buntu memikirkan sikap suaminya apabila membuat luahan perasaan di platform media sosial itu. "Saya tak tahu nak luahkan, saya hanya mampu ringkaskan. "Suami panas baran, tak boleh ditegur, tak boleh disuruh buat apa pun. "Suami pemalas. Pergi kerja, balik kerja terus tidur... bangun makan pukul 9 malam main game. Setiap hari ulang benda sama," katanya sambil menambah lelaki itu akan melenting jika ditegur. ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak kerja, culas bayar nafkah tapi mampu pasang 6 skandal! Pecah tembelang lepas isteri periksa telefon masa tidur ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kemaruk ‘live’ dengan lelaki lain, melarat sampai atas katil! Paling biadab berani campak makanan ke muka suami lepas ditegur! Menurut wanita ini lagi, suaminya tetap menunjukkan sikap yang sama walaupun pada hari tidak bekerja. "Hari cuti kerja bangun lewat petang, bangun tinggal cari makan... tak nak membantu isteri buat kerja rumah. bila ditegur bergaduh besar lagi," katanya yang merupakan seorang suri rumah. Setiap suami patut tahu tanggungjawabnya dalam rumah tangga. -Gambar hiasan Bercerita lanjut, katanya, si suami mempunyai alasan sendiri tidak mahu membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. "Dia selalu mengungkit kerja penat-penat takkan balik rumah pun nak buat kerja rumah lagi," katanya. Apa yang lebih menyedihkan, lelaki itu menganggap isterinya terbawa-bawa adegan dalam drama ke dunia realiti apabila meluahkan rasa rindu untuk melihat sikap suami di awal perkahwinan dulu. "Suami selalu cakap dia tak rindukan isteri sebab hari-hari ada depan mata. Jadi rindu tu tak ada walaupun dia pergi kerja. "Sedangkan isteri kata rindu pada suami yang dulu masa mula-mula kahwin, selalu ada masa untuk isteri. "Malah dikata si isteri banyak terbawa-bawa lakonan drama," katanya. Angkat kaki je sis NETIZEN Di akhir perkongsiannya, wanita ini mendedahkan bahawa dia sudah berasa tawar hati dan benci dengan sikap suami. Di sebalik perasaan yang timbul itu, dia juga berasa keliru apabila lelaki itu bercakap tentang hukum menyimpan rasa marah terhadap suami. "Salahkah hati isteri tersakiti? "Suami kata kalau isteri sakit hati dengan suami, berdosa! Adilkah buat aku?" katanya yang cuba mencari jawapan dan jalan keluar dari masalah Perkongsian yang dibuat itu menimbulkan rasa kurang senang terutama dalam kalangan wanita yang rata-rata bersimpati dengan nasibnya. Malah, ada juga yang berkongsikan kisah mereka sendiri di ruangan komen. "Aku dah lalui dengan kerenah manusia toksik macam ni, buang masa. Last-last aku pulangkan balik dia pada keluarga dia. "Angkat kaki je sis. "Pengajaran bagi yang belum kahwin. Sebelum kahwin tu perhati dan siasatlah dulu perangai sebenar pasangan masing-masing. "Jika tak boleh ditegur abaikan, diam buat hal sendiri lagi elok, buat je kerja macam biasa. Kalau penat jangan paksa diri nanti stres. Lelaki ni makin kita marah, makin dia rasa dia semua betul," demikian komen beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube