suria

Menyesal terima pelawaan tinggal bersama ibu, wanita penat dilayan macam orang gaji! Kadang terlepas geram pada anak kecil

Ramai yang memandang rendah kepada mereka yang bergelar suri rumah. -Gambar hiasan

BAGI sesetengah individu, ada yang memilih untuk tinggal bersama ibu bapa biarpun sudah bekerja atau berumah tangga kerana mahu menjaga orang tua serta membalas jasa mereka selagi hayat dikandung badan.

Ketika adik-beradik lain menetap berjauhan kerana tuntutan tugas, setidak-tidaknya ada yang boleh diharapkan untuk membantu menjaga ibu bapa yang sudah uzur.

Pada ketika inilah, selain dapat meluangkan lebih banyak masa bersama orang tua, dalam masa yang sama kita berpeluang untuk mengumpul saham akhirat sebagai bekalan di sana kelak.

Namun dalam satu perkongsian di laman Facebook, seorang wanita meluahkan perasaan betapa penatnya fizikal dan mental apabila menetap bersama ibu yang tidak ubah menganggapnya seperti orang gaji.

stres 1

Wanita yang bergelar suri rumah juga tidak terkecuali daripada mengalami fasa 'burn out' lebih-lebih lagi jika tidak mendapat sokongan daripada orang sekeliling. -Gambar hiasan

"Semua benda dekat rumah saya kena buat sendiri, daripada kemas depan sampai ke dapur... masak pun sendiri.

"Kalau anak-anak yang lain balik, barulah dia (ibu) masak. Saya tak kisah sangat sebab nak makan pun diri sendiri.

"Tapi makin lama saya rasa mak saya ni macam tak ada timbang rasa dengan saya. 'Koyak' kadang mental, semua kena buat sendiri," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung ‘makan hati’ sikap ibu pilih kasih, rasa macam yatim piatu... “Dia puji adik bagai malaikat”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak mangsa pilih kasih kini hidup ‘senang’, enggan balik raya jumpa ibu, “Jangan pernah ada hati nak minta tolong Along time susah”

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, rutinnya setiap hari adalah melakukan semua kerja mengemas rumah dan langsung tidak dibantu oleh ibunya.

Malah, dia pernah dimarahi si ibu gara-gara tidak membantu menjemur pakaian miliknya.

"Padahal dia dah bangun daripada pagi tapi tak ada pun dia sidai sendiri.

"Saya ni suri rumah je... tiap kali keluar mesti bawa dia keluar makan dulu. Kadang bagi dia duit, tak pernah berkira sedangkan anak dia yang lain semua gaji atas RM3,000," kongsinya.

Kalau dah berkeluarga, baik la duduk rumah sendiri. Satu rumah tak boleh ada dua orang permaisuri walaupun seorang lagi tu mak kita sendiri.

NETIZEN

Disebabkan kepenatan kerana melakukan semua kerja rumah dan terpaksa menghadap kerenah ibunya, wanita tersebut mengakui dia ada kalanya tidak sedar apabila bertindak melepaskan kemarahan kepada anak-anak sendiri.

Tambah wanita tersebut, dia kini sedang mempertimbangkan untuk berpindah kerana sudah tidak tahan diperlakukan seperti orang gaji.

"Saya duduk dengan mak pun sebab dia pujuk. Dia cakap daripada bayar sewa mahal, lebih baik duduk dengan dia. Apabila dah duduk dengan dia, macam ni pula jadi.

"Insya-Allah lepas puasa saya pindah ke rumah sendiri. Itu pun dia marah saya nak keluar.

"Saya rasa lebih baik duduk sendiri, kalau bayar mak saya bersamaan bayar sebiji rumah sewa.

"Kenapa ibu bapa ni tak sedar kadang dia buat anak sendiri makan hati," luahnya lagi.

komen mak

Luahan wanita berkenaan turut mengundang simpati warga maya.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang simpati warga maya dengan rata-rata mereka menyokong tindakannya untuk berpindah keluar dari rumah ibunya.

"Kalau dah berkeluarga, baik la duduk rumah sendiri. Satu rumah tak boleh ada dua orang permaisuri walaupun seorang lagi tu mak kita sendiri.

"Duduk dekat pun tak apa, boleh datang jenguk hari-hari. Jagalah perasaan, mental dan hati kita.

"Nasihat saya baik pindah dan duduk asing. Orang tua-tua cakap, dekat-dekat bau tahi, jauh-jauh bau bunga.

"Kadang mak ni jenis pilih kasih dengan anak-anak pun iya. Anak yang suri rumah ni dipandang hina, yang bekerja itulah intan payung dia. Pindah sajalah sis untuk kesihatan mental yang penting," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain